(^_^)

Tuesday 13 December 2011

Untuk pengetahuan bakal bapa..

Si suami bila dapat tau dia bakal jadi ayah mesti rasa gembira yang teramat sangat..
happy tak terucap la bak kata orang.

Tapi lain pulak dengan situasi si isteri.
Bila bakal ibu dapat tau dalam rahimnya ada 1 nyawa..
memang dia gembira.
tapi berbaur dengan macam-macam perasaan lagi.
Sentiasa risau dengan keadaan/kesihatan baby,
Sentiasa perlu bersedia menghadapi pelbagai jenis kesakitan/perubahan yg tak pernah dirasa sebelum ni,
Akan menjadi lebih berhati-hati dalam melakukan aktiviti harian,
Lebih aware dengan pemakanan,
Lebih peka dengan macam-macam bau/rasa,
Ada bakal ibu yg dapat rasa mual yang teramat sangat,
Sampaikan nak makan pun tak lalu, tapi sebenarnya si ibu lapar.
Si ibu akan berasa mual ketika lapar,
jadi untuk itu, si ibu perlu makan walaupun hanya sepotong buah-buahan.
Kepada bakal bapa; silalah aware dengan situasi ini ye.
belikanlah buah-buahan ke..bijirin ke..atau biskut oat/gamdum yg menyihatkan.

Jangan marah jika si isteri lebih kerap tidur/tidur awal.
Kerana dalam situasi sekarang, si isteri akan mudah berasa letih..dan perlukan lebih banyak rehat dari biasa.
Jangan marah kalau isteri tak dapat teman anda makan seperti selalu.
Kerana bakal ibu akan makan dalam kuantiti sedikit..tetapi kerap.
Jangan terlalu mengharap info dari isteri.
Suami pun perlu mencari info tentang pregnancy untuk memastikan isteri + anak anda sihat.(jangan malas membaca!)


p/s : banyak lagi yang aku nak share.
tp kurang rajin untuk menaip.
so...tata.

No comments:

Post a Comment