(^_^)

Friday 27 January 2012

~Tragedi 25 Jan 2012~



Jam 7:50pm : aku & hubby excident. Kereta terbabas sebab hujan lebat sangat, separuh kereta masuk longkang.
Kejadian berlaku on the way perjalanan dari Nilai ke Putrajaya..betul2 dekat dgn exit ke Kajang.
Perasaan? Hubby terkejut giler sampai x boleh bercakap.Menggigil kot.
Aku plak? otak rase kosong giler.Tak terfikir ape2 pon. Rasa cam masa terhenti kejap.
Tapi alhamdulillah sebab kitorang tak cedera..hubby je yang benjol kat kepala.
Dan Alhamdulillah lagi sebab baby ok.

Lepas je kete berjaya dikeluarkan dari longkang oleh tow-truck..
kami terus pegi buat check-up kat Hospital Putrajaya.
Tak sangka pulak doc akan scan perut.
Dapat tengok baby gerak2!

Rasa tersangat la EXCITED sebab dapat tengok baby for the first time!
Sangat2 teruja tau!
Teruja sampai tak teragak pun nak snap picture or rakam video baby..
Doc kate as long takde bleeding..takde sakit perut..InsyaAllah baby sihat.
Keluar je dari bilik doc..aku terus senyum lebar meleret-leret.
Hubby pun pelik.
Pas je bagitau dia yg kite dapat tengok baby..he said..
" ala...nape tak panggil B masuk tadi???"
so sorry ye B..Serius tak teragak pon nak panggil hubby sebab terlalu excited!
terlupa kejap yang aku baru pas excident.

***sebenarnya aku nak share ke'excited'an aku dapat tengok jantung baby gerak2!
(Next time bila scan aku mesti rakam)

Tuesday 17 January 2012

16 Fakta Menakjubkan Tentang Bayi Baru Lahir

·  Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan
·  Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu. 
·  Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.
·  Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.
·  Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.
·  Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.
·  Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.
·  Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan
·  Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.
·  Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.
·  Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.
·  Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.
·  Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.
·  Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.
·  Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.
·  Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.



Senaman Kegel.

Hari ni aku baru tau pasal senaman kegel.
Banyak manfaat dia.
Lepas ni boleh la aku praktikkan (^_^)
Aku nak pergi kelas antenatal la untuk serap banyak lagi info pregnancy yang aku
perlu tau & belum tau.
So minggu ni kena cek jadual kelas yang ade kat hospital putrajaya :)

Untuk info lebih lanjut pasal senaman ni..
boleh tengok kat SINI ...

***kemalasan melanda utk taip panjang2 kat blog.

Friday 6 January 2012

Kena berpantang awal!

Dunia aku dah berubah 360 degree.
Kandungan baru masuk 3 bulan..tapi tekak ni dah start berpantang!
Alahai tekak..
Tekak dah tak boleh terima ayam, daging, udang, sotong & sume benda idup kecuali ikan.
Bukan setakat makan..bau pun aku dah loya.
Kadang-kadang aku tolak jugak la ayam/daging masuk lam tekak..
sebab mak pesan, tak lalu macam mana pun ayam/daging kena ambik juga walaupun sepotong.

Suatu ketika dulu..aku memang pencinta AYAM GORENG.
Hari2 makan ayam pun takpe.
Tapi sekarang...

Bubye ayam goreng yang sedap. Jauhkan diri dr aku! Kau bkn lagi BFF aku . Kita sambung kawan balik bulan 9 nanti ye (^_^)

Dan satu ketika dulu, aku sangat benci sayur hijau.
Sangat-sangat tak suka!
Tapi magicnya sekarang...

Inilah yang aku cari! Sup sayur..sayur tumis..semua sayur. Makan nasi dengan sayur je pun takpe.Sayur dah jadi kawan baik aku! Wow..ajaib kan??? kan ? kan?

Ini pun makanan ruji aku.

Ni pun.
Ni lagi.

Dan lagi..

Tekak aku sekarang sesuai untuk orang yang nak diet.
Kalau dah hari2 makan sayur je..kompom kurus!
Kan??

Sekarang baru aku terpikir.
Betul la cakap Awin dulu..
plan la nak makan ape pun sebelum preggy..
bila dah preggy baby yang tentukan sendiri apa yang dia perlu & tak perlu makan.
Betul cakap kau Awin.
Masin betul mulut kau! (^_^)

Sekarang telur goreng pun aku tak pandang tau.
Hidup aku kini hanya untuk SAYUR-SAYURAN & BUAH-BUAHAN!

p/s : tak kisah la walaupun aku kena makan sayur seguni pun..yang penting baby sihat!