(^_^)

Thursday 14 April 2011

Pelik tak kalau tak letak?

Contoh 1:
'Pernikahan menginsafkan kita,
perlunya Iman & Taqwa meniti sabar & redha,
Bila rasa senang penuhi nikmat Tuhan,
Susah mendatang tempuhi dengan tabah,
Isteri hamparan dunia suami langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman suamilah pemagarnya,
Isteri bagai kejora suami bagaikan purnama,
Tika isteri beri hempedu suami tabah menelannya,
Jika suami terteguk racun, isteri carilah penawarnya,
Sungguh isteri rusuk yang rapuh,
berhati-hatilah meluruskannya.'



Petikan dari artikel majalah Pesona Pengantin:

"Nas-nas dari kitab suci itu rasanya tidak sesuai diletakkan di atas kadungan kad perkahwinan.
Tentu sekali tuan rumah berniat murni meletakkan hadis dan nas,
yang ada kena-mengena dengan perkahwinan dan kekeluargaan – dalam kad undangan perkahwinan.

Sekurang-kurangnya boleh mengingatkan tetamu tentang kebesaran Allah.
Cuma yang dibimbangi ialah sekiranya kad juga ‘buku’ itu tidak disimpan di tempat yang sesuai.

Pada hemat saya, kad undangan perkahwinan – tidak kira berapa tebal dan betapa cantik pun – akhirnya akan dibuang juga.Saya tidak fikir ada orang hobinya menyimpan kad kahwin.
Bayangkan sekiranya kad yang cantik itu dibuang dalam longkang atau dipijak-pijak di tempat pelupusan sampah. Kalau nasib tidak baik kad yang indah itu mungkin dikencingkan anjing.

Sebenarnya yang dipijak itu adalah hadis dan ayat suci al-Quran.
Siapa yang akan menanggung dosa?
Kita selalu sensitif dan marah-marah sekiranya ada mana-mana pihak menghina kitab suci.
Tetapi tanpa disedari kita sendiri sebenarnya telah menghina ayat-ayat Allah itu menerusi kad undangan perkahwinan. Jom sama-sama kita renungkan."


Nas-nas dan hadis tak boleh letak.
Dalam kad aku ada doa.
Lagi la kena simpan elok-elok sebab ada nama Allah..
kan..
kan3?
Tapi tak de la korang kena simpan kad aku sampai mati.
Ada caranya macam mana nak lupuskan kad-kad kahwin ni.
Jangan la main buang je depan penganjur majlis.
Kecik hati dia..penat je dia bagi kad.
Bila tak bagi kad kata ajak-ajak ayam pulak.
So tolong appreciate ye.


Kelebihan letak doa:
  • Bila penerima kad baca, secara tak langsung  dia mendoakan yang baik-baik untuk majlis/perkahwinan tersebut.
  • ......................sebagai pelengkap kad kahwin.

Contoh 2: 
Firman Allah:
"Sebahagian daripada tanda-tanda allah, dicipta-Nya
jodoh-jodoh untuk kamu dari jenis kamu sendiri supaya kamu
menghayatikehidupan yang tenteram dan dijadikan-Nya
diantara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya yang demikian
menjadi pengajaran bagi orang-orang yang berfikir."



Apa pun, semua tu terpulang pada pemikiran masing-masing.
Walaupun ada pihak yang pertikaikan keperluan letak nas/hadis/doa dalam kad kahwin,
ia tetap ada kebaikan/faedah tersendiri.


Contoh 3: 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Penyayang.
Sabda Rasulullah S.A.W
“Sesiapa yang berkahwin seperti dia telah
menyempurnakan sebahagian daripada agamanya.
Maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah
bagi sebahagian yang lain yang masih tinggal”
(Riwayat Al-Bauhaqi)


Anda memang tak mampu nak puaskan hati semua orang.
Majlis anda, anda puas hati.
Cukup.



Counting the days.

No comments:

Post a Comment