(^_^)

Monday 25 April 2011

Baby-sitter !

Tak nak banyak citer.
Nak share kerja yang aku buat on 23 April 2011.
Sangat TERUJA 1st time jadi baby-sitter utk....
2 ekor SUGAR GLIDER !

Wooohoooo!
Mekacih to their papa : Elly.



Khusyuk betul dua ketul tupai ni breakfast.
Nampak sangat kebulur sampai panjat terus kat bekas.
Ish3...


Yummy2...
Diet betul pagi-pagi makan epal.


Tengok tu, sampai bawa lari dari bekas..


Dah kenyang.
Little kiss for you Yuyui Chan.
Ahaks!


 Comel bangat tupai ini!
Rasa macam nak picit-picit je..
Grrrrrr...


After lunch..cuci tangan..cuci kaki....


Gulung-gulung badan...
terus tertidur hu3...
Bertuah sungguh tupai ini..
Taknak tidur dalam beg dia pulak tu


Oit..bangun2! Lunch la..


Sangat malas sampai tak nak makan kat luar..
Makan pun nak berselimut.
Haish!


Makan cepat2.
Dah pukul 1 ni.
Saya dah nak balik..


Dah.
Tutup cerita.



Tuesday 19 April 2011

Suka Dan Tak Suka.

Aku tak suka wish yang macam ni :

"SEMOGA KEKAL HINGGA KE ANAK CUCU/HINGGA AKHIR HAYAT."

Aku tak nak kekal sampai mati, 
kalau dok perang dunia je sepanjang masa,
kalau hari-hari kena dengar sumpah-seranah,
kalau memasing dok makan hati,pendam rasa..
Kekal memang kekal..tapi hari-hari kena sepak terajang,
maki hamun.
Nak ke macam tu yuyui?


 Aku nak & suka wish yang ni :

"SEMOGA BAHAGIA HINGGA AKHIR HAYAT."

Kan sweet.
Maksud pun dah betul...semoga bahagia.
(Kekal hingga akhir hayat) + (bahagia).
Tapi takde la tak bergaduh langsung.
Pelik pulak la kan..



Satu benda yang aku nak share :

Ermm...fikir-fikirkan la ye.


Tutup cerita.




 

Monday 18 April 2011

Mekacih AWIN !

Nasihat PERTAMA yang aku dapat sebelum bergelar isteri :

Saje buat pic besar supaya nanti aku sentiasa ingat nasihat makcik ni..
Sebab aku ni suka cari pasal..cari gaduh..
Bak kata Awin : masa bercinta boleh perang mulut je,
lepas kawen ni boleh la wrestling puas-puas.


This is Awin :
Adlin Noor Maz'awin Mazlan.
Sangat seronok+gembira+terharu bila nama aku terpampang kat blog makcik ni buat kali ke-2.
Mekacih Awin.


Kalau boleh nak taip banyak2
Mekacih Awin
Mekacih Awin
Mekacih Awin

Semoga bahagia to you too Awin!

Sunday 17 April 2011

Nak marah nih.Haish!

Nurul shahidah binti Shahari!!!

Geram sangat kat nama yang tertera di atas nih.
Boleh tak kau jalan terus dan JANGAN PANDANG BELAKANG.
Kalau tak faham bahasa melayu...ni ha
Never look back yuyui!
Never!

Kau paham tak maksud NEVER tu yuyui??!!

Never = tak pernah/jangan sekali2 (dua tiga kali lagi la tak boleh)

So sekarang yuyui..kau jalan terus..
Jangan toleh belakang lagi..tak boleh toleh
Tak boleh!
Senang citer..HARAM toleh belakang!


Gambate Yuyui!


Friday 15 April 2011

Kalori? Kolesterol? Lemak?

Sebut je tiga-tiga benda ni, mesti kita terfikir apa beza dia kan?
Adik-beradik ke? Jiran ke? Sedara jauh ke?
Jom tengok apa hubungan kalori, kolesterol dengan lemak.


Fakta Kalori
  • Adalah unit pengukuran tenaga untuk makanan (1 calorie = 4 joules).
  • Sumber utama dalam makanan adalah karbohidrat, protein dan lemak.
  • Kehilangan atau kenaikan berat badan adalah semua tentang tenaga, dan semua tentang KALORI.
Fakta Kolesterol
  • Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan.
  • Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia.
  • Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.
  • Pengambilan makanan tinggi dengan lemak tepu terutamanya daripada santan,makanan bergoreng akan meningkatkan paras kolesterol darah.
  • Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein.
  • Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).


Kolesterol baik(HDL) adalah stabil dan membawa kolesterol jahat jauh dari arteri.
Kolesterol jahat(LDL) menempel pada dinding arteri dan menyumbang terhadap pembentukan plak.




Beza arteri biasa dan arteri ber'plak'.



Fakta Lemak



  1. Lemak ialah sejenis lipid*.
  2. Lemak biasanya larut dalam sebatian organik tepu (seperti alkohol) tidak dalam air.
  3. Lemak Tepu -  Bersifat membeku dan keras pada suhu rendah. Kebanyakanya dari sumber haiwan dan juga terdapat pada tumbuhan seperti santan dan lemak sayuran.Pengambilan yang berlebihan meningkatkan tahap kolesterol dalam darah yang berpotensi untuk termendap di saluran darah dan jantung.
  4. Lemak tak Tepu - Besifat lembut dan cecair walaupun pada suhu rendah. Ia didapati dari sumber tumbuhan.

Fakta tambahan pasal lipid :

#  Lipid ialah suatu unsur yang terdiri daripada karbon, hidrogen, oksigen.

Ermmmm.....macam confius lagi je
Hahaha...
Dah la...nak balik umah
Tata!

Thursday 14 April 2011

Pelik tak kalau tak letak?

Contoh 1:
'Pernikahan menginsafkan kita,
perlunya Iman & Taqwa meniti sabar & redha,
Bila rasa senang penuhi nikmat Tuhan,
Susah mendatang tempuhi dengan tabah,
Isteri hamparan dunia suami langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman suamilah pemagarnya,
Isteri bagai kejora suami bagaikan purnama,
Tika isteri beri hempedu suami tabah menelannya,
Jika suami terteguk racun, isteri carilah penawarnya,
Sungguh isteri rusuk yang rapuh,
berhati-hatilah meluruskannya.'



Petikan dari artikel majalah Pesona Pengantin:

"Nas-nas dari kitab suci itu rasanya tidak sesuai diletakkan di atas kadungan kad perkahwinan.
Tentu sekali tuan rumah berniat murni meletakkan hadis dan nas,
yang ada kena-mengena dengan perkahwinan dan kekeluargaan – dalam kad undangan perkahwinan.

Sekurang-kurangnya boleh mengingatkan tetamu tentang kebesaran Allah.
Cuma yang dibimbangi ialah sekiranya kad juga ‘buku’ itu tidak disimpan di tempat yang sesuai.

Pada hemat saya, kad undangan perkahwinan – tidak kira berapa tebal dan betapa cantik pun – akhirnya akan dibuang juga.Saya tidak fikir ada orang hobinya menyimpan kad kahwin.
Bayangkan sekiranya kad yang cantik itu dibuang dalam longkang atau dipijak-pijak di tempat pelupusan sampah. Kalau nasib tidak baik kad yang indah itu mungkin dikencingkan anjing.

Sebenarnya yang dipijak itu adalah hadis dan ayat suci al-Quran.
Siapa yang akan menanggung dosa?
Kita selalu sensitif dan marah-marah sekiranya ada mana-mana pihak menghina kitab suci.
Tetapi tanpa disedari kita sendiri sebenarnya telah menghina ayat-ayat Allah itu menerusi kad undangan perkahwinan. Jom sama-sama kita renungkan."


Nas-nas dan hadis tak boleh letak.
Dalam kad aku ada doa.
Lagi la kena simpan elok-elok sebab ada nama Allah..
kan..
kan3?
Tapi tak de la korang kena simpan kad aku sampai mati.
Ada caranya macam mana nak lupuskan kad-kad kahwin ni.
Jangan la main buang je depan penganjur majlis.
Kecik hati dia..penat je dia bagi kad.
Bila tak bagi kad kata ajak-ajak ayam pulak.
So tolong appreciate ye.


Kelebihan letak doa:
  • Bila penerima kad baca, secara tak langsung  dia mendoakan yang baik-baik untuk majlis/perkahwinan tersebut.
  • ......................sebagai pelengkap kad kahwin.

Contoh 2: 
Firman Allah:
"Sebahagian daripada tanda-tanda allah, dicipta-Nya
jodoh-jodoh untuk kamu dari jenis kamu sendiri supaya kamu
menghayatikehidupan yang tenteram dan dijadikan-Nya
diantara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya yang demikian
menjadi pengajaran bagi orang-orang yang berfikir."



Apa pun, semua tu terpulang pada pemikiran masing-masing.
Walaupun ada pihak yang pertikaikan keperluan letak nas/hadis/doa dalam kad kahwin,
ia tetap ada kebaikan/faedah tersendiri.


Contoh 3: 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Penyayang.
Sabda Rasulullah S.A.W
“Sesiapa yang berkahwin seperti dia telah
menyempurnakan sebahagian daripada agamanya.
Maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah
bagi sebahagian yang lain yang masih tinggal”
(Riwayat Al-Bauhaqi)


Anda memang tak mampu nak puaskan hati semua orang.
Majlis anda, anda puas hati.
Cukup.



Counting the days.

Tuesday 12 April 2011

Lalalalala......

Pernah rasa hati berlagu-lagu?
Pernah rasa hari-hari berlalu dengan cepat?
Pernah rasa hidup ni indah macam dalam movie?

Nah..inilah apa yang aku rasa sekarang =)
Walaupun otak serabut memikirkan poket yang makin nipis..
Walaupun badan penat ke hulu ke hilir...terkejar sana sini buat persiapan
Walaupun tak sempat nak tidur mimpi sampai ke Dubai...


Tapi tetap rasa nak senyum sepanjang masa.
Tak terasa sangat segala penat lelah tu...rasa macam di awang-awangan =)
Rasa berbaloi sangat walaupun berjela agenda yang menanti.
 
 
Semoga semuanya berjalan seperti yang dirancang.
 
 
Senyum!



Senyum lagi!




Terus senyum! Senyum lagi...lagi....dan lagi!


Have a great day everyday Nurul Shahidah Shahari!

Friday 8 April 2011

Balik Kampung Mood.

Dah masuk bulan 4 tapi aku belum update blog lagi hu3...kesian blog aku lama terabai.
Hasilnya.....tada! jadi la spider web cam kat atas ni...
hu3....




Dan...lepas ni sawang tu akan jadi lebih cantik sebab aku balik kampung sampai Isnin =)
Cantikkkkkkk macam ni: 



Aha...cantik kan?
Selamat bercuti kepada diri sendiri! =)