(^_^)

Friday 30 December 2011

Minggu ke-11...buasir?

Malam tadi adalah malam yg menggerunkan dan mengecutkan perut aku.
Aku tak boleh nak tidur sebab perut rase tak selesa sangat.
Krook2 je bunyi..
Rase macam ada ribut je kat lam perut.
Pastu rasa nak melabur..bila dah masuk lam bank..
Cuak giler aku bile tengok bahan buangan aku bercampur ngan darah!
memang takut tahap nampak segerombolan pocong.

Terus aku inform hubby.
Hubby cakap mungkin buasir kot..
Sebab aku memang suka makan pedas..and terlalu gilakan pedas.
and dinner malam tu memang aku ade makan SESUDU sambal belacan yang super pedas.
sesudu je..selalu xde problem pon.
Fuhhh..
Lega sikit aku.
Ingatkan aku gugur tadi.
Tapi bila pikir2 balik..kalau gugur mesti la kua darah kat depan..
bukan kat belakang macam yg jadi kat aku ni kan?kan kan? kannn?

Moral of the story : pasni kena la KURANGKAN makan makanan pedas!
mesti!

Tapi kalau nak suruh aku stay away dari makanan pedas memang la mustahil kan?
Urmmmm what to do?

Tuesday 13 December 2011

Untuk pengetahuan bakal bapa..

Si suami bila dapat tau dia bakal jadi ayah mesti rasa gembira yang teramat sangat..
happy tak terucap la bak kata orang.

Tapi lain pulak dengan situasi si isteri.
Bila bakal ibu dapat tau dalam rahimnya ada 1 nyawa..
memang dia gembira.
tapi berbaur dengan macam-macam perasaan lagi.
Sentiasa risau dengan keadaan/kesihatan baby,
Sentiasa perlu bersedia menghadapi pelbagai jenis kesakitan/perubahan yg tak pernah dirasa sebelum ni,
Akan menjadi lebih berhati-hati dalam melakukan aktiviti harian,
Lebih aware dengan pemakanan,
Lebih peka dengan macam-macam bau/rasa,
Ada bakal ibu yg dapat rasa mual yang teramat sangat,
Sampaikan nak makan pun tak lalu, tapi sebenarnya si ibu lapar.
Si ibu akan berasa mual ketika lapar,
jadi untuk itu, si ibu perlu makan walaupun hanya sepotong buah-buahan.
Kepada bakal bapa; silalah aware dengan situasi ini ye.
belikanlah buah-buahan ke..bijirin ke..atau biskut oat/gamdum yg menyihatkan.

Jangan marah jika si isteri lebih kerap tidur/tidur awal.
Kerana dalam situasi sekarang, si isteri akan mudah berasa letih..dan perlukan lebih banyak rehat dari biasa.
Jangan marah kalau isteri tak dapat teman anda makan seperti selalu.
Kerana bakal ibu akan makan dalam kuantiti sedikit..tetapi kerap.
Jangan terlalu mengharap info dari isteri.
Suami pun perlu mencari info tentang pregnancy untuk memastikan isteri + anak anda sihat.(jangan malas membaca!)


p/s : banyak lagi yang aku nak share.
tp kurang rajin untuk menaip.
so...tata.

Thursday 8 December 2011

Memo!

Hari ni aku nak umumkan yg;
  • FB aku akan dilimpahi dengan entry/update luahan perasaan (rasa tak puas hati, benci, bosan, meluat,umpatan yg agak keterlaluan,gosip hangeeet & yg seangkatan dengannya) sehinggalah aku menghantar Surat Resign.
  • Aku terpaksa mencemarkan page sendiri untuk memastikan kesihatan dalaman/emosi KAMI BERDUA stabil & TIDAK AKAN ade lagi perasaan negatif yang akan terpendam di celah hati/jantung/pankreas yg akan menyebabkan kesihatan dalaman baby tergangggu.(dan menyebabkan aku terberanak awal)
  • Harap kawan2 dapat bagi response/komen yang membina (cewah!) supaya aku menjadi lebih kuat!
  • Kepada yg tak berminat/tak berkenaan langsung/takde pertalian usus, silalah JANGAN komen/response.
  • Harap aku dapat hantar notis secepat mungkin supaya FB aku tidak terus rosak!

Yang selalu benar,
Nurul Shahidah Shahari

Wednesday 7 December 2011

Takziah & tahniah kawanku..

Sangat terkejut.
Hari ni baru aku tau yg kawan aku sorang ni miscarriage..
Takziah ye Asilah..
dan tahniah juga kerana ini :

(Sila klik pd gambar untuk kanta pembesar)
Wallahua'lam..semoga hadis ini memberi berita gembira kepada wanita-wanita yang keguguran.
Sangat besar ganjaran yang awak dapat kawanku..
Semoga awak tabah dan terus bersabar.
Amin.

Apepun nak review balik gambar wedding Asilah:
(sangat cantik!)



Harap Silah & suami terus senyum macam ni menghadapi dugaan mendatang..xmo gaduh2 tau! Ahaks..