(^_^)

Friday 15 April 2011

Kalori? Kolesterol? Lemak?

Sebut je tiga-tiga benda ni, mesti kita terfikir apa beza dia kan?
Adik-beradik ke? Jiran ke? Sedara jauh ke?
Jom tengok apa hubungan kalori, kolesterol dengan lemak.


Fakta Kalori
  • Adalah unit pengukuran tenaga untuk makanan (1 calorie = 4 joules).
  • Sumber utama dalam makanan adalah karbohidrat, protein dan lemak.
  • Kehilangan atau kenaikan berat badan adalah semua tentang tenaga, dan semua tentang KALORI.
Fakta Kolesterol
  • Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan.
  • Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia.
  • Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.
  • Pengambilan makanan tinggi dengan lemak tepu terutamanya daripada santan,makanan bergoreng akan meningkatkan paras kolesterol darah.
  • Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein.
  • Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).


Kolesterol baik(HDL) adalah stabil dan membawa kolesterol jahat jauh dari arteri.
Kolesterol jahat(LDL) menempel pada dinding arteri dan menyumbang terhadap pembentukan plak.




Beza arteri biasa dan arteri ber'plak'.



Fakta Lemak



  1. Lemak ialah sejenis lipid*.
  2. Lemak biasanya larut dalam sebatian organik tepu (seperti alkohol) tidak dalam air.
  3. Lemak Tepu -  Bersifat membeku dan keras pada suhu rendah. Kebanyakanya dari sumber haiwan dan juga terdapat pada tumbuhan seperti santan dan lemak sayuran.Pengambilan yang berlebihan meningkatkan tahap kolesterol dalam darah yang berpotensi untuk termendap di saluran darah dan jantung.
  4. Lemak tak Tepu - Besifat lembut dan cecair walaupun pada suhu rendah. Ia didapati dari sumber tumbuhan.

Fakta tambahan pasal lipid :

#  Lipid ialah suatu unsur yang terdiri daripada karbon, hidrogen, oksigen.

Ermmmm.....macam confius lagi je
Hahaha...
Dah la...nak balik umah
Tata!

No comments:

Post a Comment