(^_^)

Tuesday, 13 September 2011

Jangan jadi BOS kalau....

1. Tak pernah nak kenal/ingat nama staf. 
Malu la.Hari-hari ngadap takkan tak penah lekat 1 nama pon kan?

2. Tak pandai langsung nak puji.
Sesekali puji la orang bawah. Ter'motivate' la sikit dorang. Hilang stress bila bos puji.

3. Pandai maki je.
Asal cakap je maki. Asal buka mulut je maki.Ape kes?Sawan ape.

4. Ego tinggi MENGGUNUNG!
Sampai nak senyum pun susah. Tegur pekerja pun tak pernah. Ingat ko tu Sultan ke hape?

5. Management FAIL.
Confirm tunggang-langgang ofis.

6. Tau buat hal sendiri je.
Carta organisasi syarikat pon tak penah tengok. Setiausaha sendiri pon tak kenal. Osah parah ea ni!

7. Tak tau skill nak tegur pekerja.
Tegur main jerit je sape nak layan kan..

8. Serabai!
Orang gila lagi layak jadi bos haha..

9. Kedekut.

10. Pemalas.

11. Biadap.

12. Bengap.

13. Lembab.


14. Gila.
Kang meroyan lam ofis susah pulak an.

15. Tak tau cakap Bahasa Malaysia standard.
Kalau bukak company sendiri boleh la nak guna loghat negeri sendiri ye.

16. Taknak ikut peraturan syarikat.
Boleh ke?..?

17. Suka berpuak.
Ehhh..jadi bos kena la bergaul dengan semua orang kan.

18. Pengotor.

19. Buruk perangai.

-
---
-----
-------
---------
-----------
-------------
----------------


Friday, 9 September 2011

Apakah??ape?kah ke ape..

Hari ni pas lunch tiba2 rase mencucuk-cucuk kat dada kiri.Nak kata makan banyak tak pulak..
Aku makan nasi macam biasa je..
Risau pulak sakit kat dada kiri ni..yela kan dekat ngn jantung tu..
Ke aku ada masalah penghadaman?
ke? yeke?
Hubby suruh beli eno..tapi aku xnak huhu
Esok kan dia balik...kalau sakit lagi biar dia yang belikan..
(^_^)

Tapi kan..rase tu datang sekejap-sekejap je...
Pelik kan..risau..takut la...
Harap-harap xde pape la.


Tengah online terjumpa ni kat tenet :
"Sakit di atas-tengah abdomen yang teruk dan seperti menyucuk, dengan, atau tanpa, loya atau muntah adalah petanda beberapa keadaan: Ia menunjukkan samada:
Ia mungkin juga pra-eklampsia, satu keadaan serius yang memerlukan rawatan segera."

Takut......

Tuesday, 6 September 2011

Muntah-muntah? Loya??

Masuk hari ni..dah nak dekat seminggu Mr Hubby loya-loya.
Katanya..rase macam nak muntah sangat.Tapi tak kua apa-apa pun..
Nak kata sebab makan banyak pun tak sebab dia dah mula makan sikit..
Semalam sakit pinggang pulak.
Malamnya terus tak boleh tidur sebab tekak loya gila gaban.
Asik bangun je pergi toilet..tapi tak muntah pon
(Aku tido mati tak sedar pun dia bangun banyak kali huhu..sowie ye hubby)

Alkisah pagi tadi..aku tak sempat nak buat sarapan(sebab dah lambat nak gi keje)
So dia makan la maggi..
Lepas suap dua sudu terus muntah..
Tak sempat nak ke toilet.. (nasib baik tak kene carpet umah kakak..kalau tak..huhu)

Hari ni last hubby cuti.Tadi dia dah naik bas ke JB..pukul 10pm.
(Siap bawa plastik ngn towel kecik lagi, plus asam...takut muntah lam bas)
Esok hubby dah start keje..
Tapi next Jumaat malam jumpa lagi. Yeah! (^_^)
Tu la rutin kami. Jumpa every weekend je..
Miss you hubby!

Tadi sampai je umah sewa..terus timbang berat.
Jangan tak pecaya ye..berat aku sekarang 53KG!
Naik giler2.
Dulu sebelum kahwin 48kg.
3 bulan lepas kahwin naik 2kg...jadi 50kg.
Lepas raya terus naik 3kg! 
Syabas ye Nurul Shahidah.

Kalau still takde sebarang GOOD NEWS
lepas ni aku kena usaha keras untuk kempiskan mana yang dah kembang.
Mesti!


Gambate Yuyui_chan!


Monday, 5 September 2011

Raya ke-7.....dinner kat luar!

Lepas maghrib tadi terus keluar jalan-jalan kat 9 Evenue,Nilai. Hajat hati nak pergi makan steamboat kat lot tingkat atas tu. Tengok harga display kat poster dia tu terus tak jadi huhu...1 kepala rm22++....macam tak berbaloi je. Then terus la pergi makan kat SAS. Bulan pose ari tu tengok kat restoran ni ramai je orang. Nak rase gak sedap sangat ke makanan dia.


Nie la restoran tu...betul-betul ngadap Giant...
Pelapik makanan..comel kan?
air asam boi... milo ais..
Sup ekor..RM7

Ayam sambal...RM5.50

Nasi putih..

Kailan ikan masin....RM5

Telur dadar...tapi banyak giler minyak...da macam telur berkuah minyak.

Esok Mr Hubby cuti lagi.So esok malam baru balik Putrajaya..(^_^)

Dah kenyang..nak tidur plak..
Nite....

Friday, 2 September 2011

Penat !

Salah satu aktiviti bila penat memerah keringat : DENGAR LAGU SEKUAT MUNGKIN DENGAN HEADPHONE LEBIH 5 KALI GANDA BESAR DARI TELINGA.

Huhu..

Macam ni ha...


Thursday, 1 September 2011

Alalalalala comelnye awak !

Jom jamu mata jap..























Comelnyeeeeeee awak semua!

Layan lagi kat link ni :

baby-korean
baby cry
benda-yang-comel-untuk-baby

Dah dah..
Cukup untuk hari ni..
Daaaa....

Syuhhhh2!!! Nyah kau jauh-jauh!

Masih dalam mood KECIWA.Rupanya macam ni rasanya orang dah kahwin tapi belom pregnant. Macam ni rasanya.MACAM NI. Macam aku la!

Bukan la nak marah sape-sape.
Bukan jugak nak marah takdir.
Bukan jugak nak salahkan sape-sape.
Tapi dalam mood aku yang macam ni..orang-orang yang pregnant tolong la duduk jauh-jauh dari aku.
Aku ALERGI dengan orang mengandung skarang nih.
Tolong la duduk jauh-jauh...syuhh syuhhh syohhhhhhhhhhh!

Satu benda je yang aku nak buat time stress macam nih..
On laptop..pasang headphone....DENGAR LAGU SEHABIS VOLUME YANG ADE !
Agak-agak dah pekak stop la kejap..

Aku takde la berazam nak pregnant cepat lepas kahwin..
Tapi bila Mr Hubby says dia nak anak cepat..and sangat-sangat berharap dapat anak cepat..
Dari tak bersedia aku pun terus berkobar-kobar nak pregnant tau.
Semuanya untuk Mr Hubby.
Tapi kan...nak wat canne..
Belom rezeki kami...
Rasa cam aku nie belum sempurna sebagai isteri sebab belom dapat tunaikan hasrat dia yang SATU tu..
Rasa rendah diri sangat2..rasa takut pun ada..
Takut sangat kalau aku tak dapat tunaikan hasrat dia tu..
Takut tau.

Dah la seminggu sebelum raya tu dah kecewa..
Nak raya tu dapat news Silah pregnant plak..
Bukan la tak suka member sendiri pregnant..
Jangan marah ye silah..
Aku tumpang genbira kau dah nak jadi UMI ! (^_^)
Congrats!

Tiba-tiba rasa IRI HATI tu timbul tau.
Aku pun tak tau dari celah mana dia datang.
Rasa iri hati sangat-sangat.
Pastu semalam balik Kedah dapat news Kak Fiza (biras aku) pulak pregnant 3 weeks.
Orang dapat hadiah raya yang PALING MAHAL di dunia..
Aku plak dapat DEMAM+SELSEMA yang tak kebah sampai hari ni..
Kelakar kan?Huhu...
Aku bersyukur sangat aku demam..kata orang kifarah untuk DOSA-DOSA KECIK(walaupun bunyi tak macam bersyukur..merungut sampai nampak sesungut!)..

Tadi jalan-jalan beraya dengan Mr Hubby & ibu mertua ku..
Seronok memang seronok..yela beraya sape tak seronok kan.
Yang tak seronok nya..sedara mara kaum kerabat sume dok tanye kenapa Fiza tak ikut sekali???
Mesti korang dah dapat agak kan ape jawapan ibu mertua ku..

"Dia tengah dok mabuk la ni..tak larat jalan jauh..selera makan pun takde la ni...makan pun sikit ja...apa keja pon tak larat nak buat dah...dok rehat ja.Pose ari tu banyak hari gak dia tinggai..tak larat sangat dok muntah-muntah..."

Aku pun....senyum..macam nie (^_^)
Tapi dalam hati ALLAH je yang tau.
Bersemangat kan ibu mertua ku bercerita..
Almaklum lah kan....cucu pertama..
mana tak berkobar-kobar kan...
Confirm teruja..

P/S: Sabar ye NURUL SHAHIDAH SHAHARI.Rezeki kau belum lagi.



Hoi IRI HATI! Pergi jauh-jauh la !
Syohhhhhhhhhhhhhhh!!!
Aku benci kau IRI HATI !