(^_^)

Friday 9 March 2012

Ibu mengandung dan anemia..

Definisi Anemia


Anemia merujuk kepada keadaan kekurangan darah di mana paras hemoglobin seseorang itu berada pada tahap kurang daripada 11gm%.

Punca-Punca Anemia

Anemia boleh disebabkan oleh kekurangan nutrient seperti zat besi, asid folik atau vitamin B12 dan juga penyakit seperti malaria, jangkitan cacing dan thalasemia. Walau bagaimanapun, anemia yang berlaku disebabkan oleh kekurangan nutrient berpunca daripada masalah berikut:
Kurang makan makanan yang kaya dengan zat besi, asid folik dan vitamin B12.
Kerap makan makanan yang menghalang penyerapan zat besi seperti teh, kopi dan produk soya.

Makanan yang dimakan mempunyai kadar penyerapan zat besi yang rendah.

Status Anemia

Status anemia ditentukan melalui paras hemoglobin dalam darah seperti berikut:

Paras Hemoglobin (Hb) / Status Anemia

Hb kurang 9 gm% (Anemia Teruk)
Hb antara 9 – 10.9 gm% (Anemia Sederhana)
Hb 11 gm% dan ke atas (Normal)

Tanda-Tanda Anemia

Pucat
Letih dan Lesu
Pitam
Kerap mengalami sakit kepala dan pening.

Kesan-Kesan Anemia

Anemia yang disebabkan oleh kekurangan zat besi boleh memberi kesan ke atas produktiviti, pencapaian intelektual dan kehamilan puan. Anemia yang berlaku semasa kehamilan boleh memberi kesan kepada puan dan bayi dalam kandungan puan seperti berikut:

Kesan Anemia Kepada Ibu

Keguguran
Bersalin Awal
Kematian Janin dalam kandungan
Tumpah darah selepas bersalin

Kesan Kepada Bayi dalam Kandungan

Kurang berat lahir (kurang 2.5 kg)
Lahir tak cukup bulan (premature)
Anak lemas semasa lahir (Asphyia)
Pertumbuhan bayi terbantut 

Ibu hamil yang mengalami anemia perlu mengamalkan panduan berikut:

A) Tingkatkan Pengambilan Makanan Yang Kaya Dengan Zat Besi

Zat besi terdapat dalam daripada sumber haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Walau bagaimanapun zat besi yang terdapat dalam makanan daripada sumber haiwan seperti daging merah dan makanan laut mudah diserap oleh tubuh puan berbanding dengan zat besi yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan.
Oleh itu puan dinasihatkan supaya makan makanan ini sekurang-kurangnya 4 kali dalam seminggu. Terdapat banyak jenis makanan yang mempunyai kandungan zat besi yang tinggi dan puan boleh memilih mengikut selera dan keperluan seperti di bawah:

Makanan Sumber Haiwan

Jenis / Saiz Hidangan / Berat / Kandungan Zat Besi / Pengambilan 1 Minggu

Daging / 2 keping saiz kotak mancis / 60 gm / 1.2 mg / 6 – 8 keping

Ayam / 1 ketul paha saiz sederhana / 60 gm / 0.5 mg / 3 – 4 ketul

Hati, Pedal Ayam / 1 ketul / 22 gm / 2.2 gm / 1 ketul (2 lobar)

Hati lembu / 1 keping saiz kotak mancis / 30 gm / 2.5 gm / 1 keping

Kerang / 20 biji / 50 gm / 4.1 gm / 20 biji

Ikan / 1 ekor saiz sederhana / 36 gm / 0.9 gm / 3 – 4 ekor

Ikan bilis / 1 sudu makan / 1 sudu makan / 0.05 gm / 5 sudu makan


Makanan Sumber Tumbuh-Tumbuhan

Jenis / Saiz Hidangan / Berat / Kandungan Zat Besi / Pengambilan 1 Minggu

Peria / 1 cawan / 125 gm / 7.3 mg / 7 cawan

Kangkung / 1 cawan / 78 gm / 4 mg / 7 cawan

Bayam / 1 cawan / 54 gm / 2.3 mg / 7 cawan

Taugeh / 1 cawan / 87 gm / 1.5 mg / 7 cawan


B) Tingkatkan Pengambilan Vitamin C

Kadar penyerapan zat besi yang terdapat dalam makanan sumber tumbuh-tumbuhan seperti bijirin, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran adalah lebih rendah berbanding dengan kadar penyerapan zat besi daripada dengan kadar penyerapan zat besi daripada sumber haiwan. Oleh itu untuk meningkatkan kadar penyerapan zat besi daripada sumber bijirin, kekacang dan sayur-sayuran, puan digalakkan untuk makan makanan tersebut bersama dengan makanan yang kaya dengan vitamin C.
Selain daripada itu, kehadiran makanan daripada sumber haiwan seperti daging dan ikan juga boleh meningkatkan penyerapan zat besi daripada bijirin, kekacang dan sayur-sayuran. Kandungan vitamin C yang boleh meningkatkan kadar penyerapan zat besi.


Kandungan Vitamin C Dalam Buah-Buahan

Makanan / Saiz Hidangan / Berat / Kandungan Vitamin C

Jambu Batu / 1 potong / 64 gm / 97 mg

Buah Kiwi / 1 biji / 87 gm /65 mg

Limau Manis / 1 biji / 134 gm / 30 mg

Limau Nipis / 1 biji / 73 gm / 17 mg

Mangga / 1 biji / 232 gm / 30 mg

Nenas / 1 potong / 106 gm / 16 mg

Belimbing Besi / 1 biji / 113 gm / 26 mg

Tembikai / 1 potong dengan kulit / 40 gm / 2.2 mg

Buah Betik / 1 potong tanpa kulit / 159 gm / 112 mg


C) Kawal Pengambilan Makanan Yang Menghalang Penyerapan Zat Besi

Puan dinasihatkan supaya mengawal pengambilan teh atau kopi kerana minuman ini mengandungi tanin yang boleh menghalang penyerapan zat besi daripada sumber bijirin, kekacang dan sayur-sayuran.

Jika Puan teringin untuk meminum teh atau kopi, minuman tersebut boleh diminum 2 jam selepas waktu makan utama untuk mengelakkan gangguan ke atas penyerapan zat besi. Puan digalakkan untuk minum jus buah-buahan bagi mengantikan teh atau kopi untuk meningkatkan penyerapan zat besi.

Begitu juga dengan kalsium yang terdapat di dalam susu dan hasil tenusu. Ia juga merupakan bahan yang boleh merencat penyerapan zat besi daripada sumber haiwan. Oleh itu sila pastikan puan minum susu 2 jam selepas waktu makan utama. Waktu terbaik untuk minum minuman bersusu adalah waktu minium pagi, minum petang dan sebelum tidur iaitu 2 jam selepas waktu makan utama.

Makanan-makanan lain yang mengandungi bahan yang boleh merencat penyerapan zat besi adalah seperti di bawah. Puan dinasihatkan agar mengatur pengambilan makanan tersebut supaya ia tidak mengganggu penyerapan zat besi.


Jenis Makanan – (Bahan Perencat Penyerapan Zat Besi)

Oat dan Gandum Bijirin Penuh – (Fitat)

Teh, Kopi , Koko – (Polifenol dan Tanin)

Susu dan Hasil Tenusu – (Kalsium)

Kuning Telur – (Fosvitin)



No comments:

Post a Comment