(^_^)

Friday, 6 January 2012

Kena berpantang awal!

Dunia aku dah berubah 360 degree.
Kandungan baru masuk 3 bulan..tapi tekak ni dah start berpantang!
Alahai tekak..
Tekak dah tak boleh terima ayam, daging, udang, sotong & sume benda idup kecuali ikan.
Bukan setakat makan..bau pun aku dah loya.
Kadang-kadang aku tolak jugak la ayam/daging masuk lam tekak..
sebab mak pesan, tak lalu macam mana pun ayam/daging kena ambik juga walaupun sepotong.

Suatu ketika dulu..aku memang pencinta AYAM GORENG.
Hari2 makan ayam pun takpe.
Tapi sekarang...

Bubye ayam goreng yang sedap. Jauhkan diri dr aku! Kau bkn lagi BFF aku . Kita sambung kawan balik bulan 9 nanti ye (^_^)

Dan satu ketika dulu, aku sangat benci sayur hijau.
Sangat-sangat tak suka!
Tapi magicnya sekarang...

Inilah yang aku cari! Sup sayur..sayur tumis..semua sayur. Makan nasi dengan sayur je pun takpe.Sayur dah jadi kawan baik aku! Wow..ajaib kan??? kan ? kan?

Ini pun makanan ruji aku.

Ni pun.
Ni lagi.

Dan lagi..

Tekak aku sekarang sesuai untuk orang yang nak diet.
Kalau dah hari2 makan sayur je..kompom kurus!
Kan??

Sekarang baru aku terpikir.
Betul la cakap Awin dulu..
plan la nak makan ape pun sebelum preggy..
bila dah preggy baby yang tentukan sendiri apa yang dia perlu & tak perlu makan.
Betul cakap kau Awin.
Masin betul mulut kau! (^_^)

Sekarang telur goreng pun aku tak pandang tau.
Hidup aku kini hanya untuk SAYUR-SAYURAN & BUAH-BUAHAN!

p/s : tak kisah la walaupun aku kena makan sayur seguni pun..yang penting baby sihat!

2 comments:

  1. aku dulu bukan seorang yang kuat makan.bile pregnant,semua aku hayun! ehh .. mkn coklat sebulan 2 kali tau.biar anak aktif sikit.tapi JANGAN MAKAN HARI2..

    ReplyDelete
  2. baik doc!
    tebalik pulak..sblm pegnen aq sangat kuat mkn.
    sgt suka mkn.bosan2 je mkn.
    xde kje je mkn.
    skrg nafsu mkn 2 trus ilang hu2..pdan muke aq

    ReplyDelete