(^_^)

Tuesday, 17 January 2012

16 Fakta Menakjubkan Tentang Bayi Baru Lahir

·  Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan
·  Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu. 
·  Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.
·  Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.
·  Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.
·  Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.
·  Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.
·  Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan
·  Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.
·  Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.
·  Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.
·  Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.
·  Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.
·  Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.
·  Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.
·  Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.



No comments:

Post a Comment