Sedih bila husband tak bagi kawan dengan kakak angkat @ kak shida lagi.
Alasan : Mase kahwin mak andam tu bagi pakej tak lengkap. Set baju pengantin lelaki tak cukup. Baju nikah takde. Baju sanding pun takde.Even kemeja pon takde.Pastu bagi coat yang saiz aku.Canne laki aku nak pakai??! Tapi duit bayar full. Mak andam tu kakak angkat aku yang recommend & dorang member. Tu yang laki aku marah sangat.
Dialog dia tadi:
" ni last B bagitau B tak suka syg campur dengan orang macam tu.
tengok je ape dia buat kat syg masa kenduri kita. sampai mati B tak lupa tau "
Sedih.
Ini pulak yang dia tak tau:
1. Kakak aku yang hantar aku ke pejabat agama Batu Pahat sebab nak submit borang nikah & interview.
2. Kakak aku jugak yang tenangkan aku time nak tunggu turn untuk di'interview'. Dia yang buat aku relax & chill time tu..(padahal time tu orang lain sume datang dengan pasangan memasing).
3. Kakak aku yang bawak aku pergi beli barang kahwin..bunga telor..paper bag..
cenderahati...dia bawak kat tempat kawan dia lagi tu.siap dapat diskaun tau !
4. Kakak aku jugak jadi references untuk aku untuk preparation kahwin.
Apa yang kena buat. Apa yang kena siapkan. Apa yang kena ada.
Bilik nak hias cammane. Pelamin nak letak kat mane.
Nak pakai inai time bila. Nak siap2 sebelum nikah awal berapa jam.
(Almaklum lah..aku bukan tau ape pun pasal preparation kenduri kawen ni. Mak aku pun 1st time wat kenduri kawen. Aku kan anak sulung. )
5. Kakak aku yang carikan alas dulang.
6. Kak shida yang bawak aku pergi sewa scallop/langsir khemah.
7. Kak shida yang tolong prepare deco khemah. Susun meja,kerusi..alas meja,kerusi..
8.Point paling penting : kakak aku tak tau menau pun pasal KETIDAKLENGKAPAN baju pengantin lelaki.
Yang aku tau, petang Khamis sebelum aku nikah mak andam tu call kak shida.
Dia bagitau kak shida yang baju melayu saiz laki aku takde.
Dia cakap dia dah cari 1 Kluang tapi takde saiz gak.
Dia siap suruh kakak aku carikan lagi.
Apekes?
Sape mak andam skarang nih?
Maka petang tu jugak kitorang pergi cari. KITORANG ye. Bukan mak andam.Pengantin perempuan dan kakaknya yang pergi cari baju pengantin lelaki.
Dari Kluang sampai la ke Batu Pahat kami ronda..
Dari 1 kedai ke 1 kedai..
Takde.
Dah buntu giler nih!
Hari ni dah khamis.Esok Jumaat.Sabtu nak nikah.
Baju takde.
Stress+serabut+penat+nak nanges = semua ada.
(Pakej yang tak sepatutnya dihadapi oleh pengantin pompuan.kan?)
Hari pun dah malam.
Pengantin pompuan ronda sampai malam untuk cari baju pengantin lelaki.
(wahhhh boleh jadi tajuk Metro kan?)
Habis semua kawan papa kak shida@papa dia call..tanye kalau2 ade baju melayu putih yang sama saiz.
Memang time tu rasa macam mustahil giler nak dapatkan baju melayu putih tu.
MAGIC je yang dapat selamatkan aku time tu.
Memang dah putus asa giler2.
Aku sangat-sangat tak sangka time minum2 kat kedai malam tu..
jumpa la kawan kak shida. Setelah kami cerita dari A sampai Z..
dia dengan relahati..murah hati...baik hati SANGGUP nak tolong jahitkan baju melayu putih laki aku.
Haa kan MAGIC tu !
Alhamdulillah.
Selesai 1 masalah.
Khamis malam dia amik tempahan,
Jumaat malam dia datang anta kat umah aku.
Kesimpulan : aku sayang kakak aku.Tu je kakak yang aku ade selama ni.
Dia tempat aku kongsi masalah. Dia jugak tempat aku lepas geram.
kalau dia takde..kat sape aku nak share story2 aku?
Takkan aku nak citer hal pompuan kat adik2 lelaki aku.kan?
Bagi hubby baca entry ni ...
ReplyDeletetaknak suruh dia bace. Nak dia terbaca.
ReplyDelete