(^_^)

Friday, 30 September 2011

MOOD : Nak Buat Kek !

Bila tengok gambar cake yang cantik rase macam nak buat kek sekarang jugak.
Jom tengok warna-warni kek yang menambat hatiku ini..

[Tutti Fruity Cake]

[Kek Karamel]

[Roxy Cake]

[Kek Masam Manis]

[Red Velvet Cake]

Nampak perfect & mewah kan kek dia?

Persediaan Jamuan Penutup Aidilfitri 2011

Aku rase macam aku sorang je yang buat majlis ni kan?
Ke ade gak orang lain buat?
Huhu...

Ape pun majlis malam ni untuk 4 orang tetamu je.
Merangkap housemate aku..
(Roslina Zakaria@kak na, Syuhada Aziz@kak chik, Yasmin Zabarullah@yasmin, NorFaizie@fizi)

Bukan tak nak buat untuk semua kawan2...
Tapi ni kira practice la sebelum buat majlis besar untuk semua kawan2..
Lagipon kan lagi best kalau buat kat rumah sendiri..
Rumah sewa aku sekarang ni comel je..
Tak sesuai nak menampung jumlah tetamu yang ramai..
Harap faham ye kawan-kawan.

Jom cekidaut ape yang aku dah prepare untuk majlis malam ni..

Ayam yang dah aku debone kan..& perap dalam peti ais malam tadi..

Coslow yang aku buat malam tadi lepas settlekan ayam..yummy2..

Petang ni tinggal masak baked bean & grill ayam.
Menu tambahan : jagung kukus.
(nasib baik ade stok jagung kat dalam peti ais. Baru pagi ni Kak Chik bagitau yang dia tak makan baked beans..ishh rugi rugi rugi..baked beans kan sedap)

Tema malam ni : WESTERN FOOD !

Monday, 26 September 2011

Saturday morning with WafuPafu !

Since encik suami pergi kursus induksi 10 hari
& ini weekend pertama aku tak di sisi suami sejak kawen ni..
(eceeh ayat skema x tahan :p)

Bosan tau.
Nak tau aku buat ape?
Huhu...
Aku spent time dengan...WafuPafu !


Layan gambar-gambar dorang ni ye..

The left one is Wafu..and the right one is Pafu.

Pafu said "Wafu..lets explore Yuyui_chan's office !"

Weeeee...

Weeeee wee

Wow we're flying!

Wafu said "Lets go home la Pafu.."

Pafu said " Dont want..I wanna play more.."

Pafu said "All we found are just papers. There's a lot of paper in Yuyui_chan's office Wafu"

Comel kan?
Comel macam aku kan?
hahaha..

Encik suami..sila ambil perhatian!

Kepada encik-encik suami semua..
sila baca dan ambil perhatian penuh kepada fakta-fakta di bawah ni ye


7 Tips Untuk Menjadi Pendengar Yang Baik Kepada Wanita



Daa...

Thursday, 22 September 2011

Membesar dan membesar.

Malam ni start sakit kaki balik.
Minggu lepas sakit gak.Ade la dalam 3-4 hari sakit.
Sakit yang mencucuk-cucuk..berdenyut-denyut kaki.
Lenguh macam dah pusing alamanda 10 round!
Lenguh sangat-sangat!
Padahal tak jalan memana pon.

Ingatkan lepas hubby urut..lepas sapu minyak angin..sapu yoko-yoko..dah elok.
Rupenya dia datang lagi.

Aku perasan gak.
Kaki aku ni dah 'mengembang'..macam dah kena pam.Macam belon.
Rasa padat giler kat betis ni.Macam bengkak pon ada.Tapi padat.
Dulu duduk silang kaki no hal.
Sekarang ni kalau silang kaki rase macam tak selesa.Kena duduk tegak pulak.
Duduk bertinggung lagi la tak boleh.Rasa macam ade belon kat bawah peha.
Pastu kebas, sakit sangat macam dah duduk cam tu sejam.
Bersila pon dah tak boleh lama.

Sekarang ...
Kalau duduk kat lantai kaki lebih selesa melunjur..
Kalau duduk kat kerusi lebih selesa duduk cam lelaki..
Kaki letak cam biasa...dua-dua cecah lantai. Kangkang besar sikit.Pastu badan tegak.
Kalau tak perut tersepit.Huhu...

See?
Aku dah membesar dan membesar.

Tak caye tengok gambar nih :
Sangat-sangat lah berbeza tang kaki tu kan.


Sakit kaki.................
Rasa macam nak nangis je.
Yoko-yoko tertinggal kat Nilai..
minyak angin takde..

P/S : Baby cepat la habis kursus.Kaki syg lenguh sangat-sangat ni.

Jual anak.

Mr husband start kursus induksi hari ni.
Dia gerak petang tadi...lepas lunch same-same.
Kursus 10 hari.
Will miss you so much baby.!

Sebenanye aku nak share 1 artikel ni..
Daripada

محمد حافظ

 Dia share kat fb.
Lebih kurang cam nak jual anak gak la.
Ni ha...


KHAS UTK WANITA YG TERLAMPAU DEMAND TENTANG WANG HANTARAN...

Mak Cik : "Anak makcik belajar tinggi kat oversea dulu. Makcik taknak letak harga. Tapi biarlah berpatutan. Selalunye yang belajar tinggi dalam lingkungan 20ribu. Tapi inilah satu-satunya anak perempuan makcik. Harap faham-fahamlah ye.. ".

Mat : "Saya paham maksud makcik. Tapi saya harap makcik pun pahamlah ye. Kalau terlampau tinggi, terpaksa ditangguhkan nanti. Biarlah dicepatkan, biar jauh dari maksiat "..
...
Mak Cik : "Kalau kamu tak mampu, anak makcik ni bukan tak laku. Ada berderet lagi yang tengah tunggu. Kalau harga rendah, nanti apa pulak orang cakap ".

Mat : "Kalau makcik nak jual anak makcik macam jual kereta, kita buat macam ni. Sekarang jugak saya bayar DOWNPAYMENT 2ribu. Saya bawak balik anak makcik, malam ni saya TEST DRIVE dulu semua.. Kalau barang dalam semua bagus, jangan cakap 10ribu.. 12ribu pun saya berani letak. tapi kalau dah LEMAU, ENJIN pon tak bagus.. TUihh!!.. Anak makcik sekali dengan deposit tu makcik boleh simpan!

BALI?

Terpaksa tangguhkan hasrat ke BALI sebab duit nak pakai untuk langsaikan hutang piutang.

Ni dia DUA hutang terbesar yang mesti aku langsaikan :
1. PTPTN (Balance RM14000++)
2. Nikon D3000 (Ballance RM1000)

Dua je kan..
So kena make sure salah 1 settle baru boleh buat plan nak ke OVERSEA ye .


Wednesday, 21 September 2011

Mood : SEDIH

Sedih bila husband tak bagi kawan dengan kakak angkat @ kak shida lagi.

Alasan : Mase kahwin mak andam tu bagi pakej tak lengkap. Set baju pengantin lelaki tak cukup. Baju nikah takde. Baju sanding pun takde.Even kemeja pon takde.Pastu bagi coat yang saiz aku.Canne laki aku nak pakai??! Tapi duit bayar full. Mak andam tu kakak angkat aku yang recommend & dorang member. Tu yang laki aku marah sangat.

Dialog dia tadi:
" ni last B bagitau B tak suka syg campur dengan orang macam tu. 
tengok je ape dia buat kat syg masa kenduri kita. sampai mati B tak lupa tau "

Sedih.

Ini pulak yang dia tak tau:
1. Kakak aku yang hantar aku ke pejabat agama Batu Pahat sebab nak submit borang nikah & interview.
2. Kakak aku jugak yang tenangkan aku time nak tunggu turn untuk di'interview'. Dia yang buat aku relax & chill time tu..(padahal time tu orang lain sume datang dengan pasangan memasing).
3. Kakak aku yang bawak aku pergi beli barang kahwin..bunga telor..paper bag..
cenderahati...dia bawak kat tempat kawan dia lagi tu.siap dapat diskaun tau !
4. Kakak aku jugak jadi references untuk aku untuk preparation kahwin. 
Apa yang kena buat. Apa yang kena siapkan. Apa yang kena ada.
Bilik nak hias cammane. Pelamin nak letak kat mane.
Nak pakai inai time bila. Nak siap2 sebelum nikah awal berapa jam.
(Almaklum lah..aku bukan tau ape pun pasal preparation kenduri kawen ni. Mak aku pun 1st time wat kenduri kawen. Aku kan anak sulung. )
5. Kakak aku yang carikan alas dulang.
6. Kak shida yang bawak aku pergi sewa scallop/langsir khemah.
7. Kak shida yang tolong prepare deco khemah. Susun meja,kerusi..alas meja,kerusi..
8.Point paling penting : kakak aku tak tau menau pun pasal KETIDAKLENGKAPAN baju pengantin lelaki.
Yang aku tau, petang Khamis sebelum aku nikah mak andam tu call kak shida.
Dia bagitau kak shida yang baju melayu saiz laki aku takde.
Dia cakap dia dah cari 1 Kluang tapi takde saiz gak.
Dia siap suruh kakak aku carikan lagi.
Apekes?
Sape mak andam skarang nih?
Maka petang tu jugak kitorang pergi cari. KITORANG ye. Bukan mak andam.Pengantin perempuan dan kakaknya yang pergi cari baju pengantin lelaki.
Dari Kluang sampai la ke Batu Pahat kami ronda..
Dari 1 kedai ke 1 kedai..
Takde.
Dah buntu giler nih! 
Hari ni dah khamis.Esok Jumaat.Sabtu nak nikah.
Baju takde.
Stress+serabut+penat+nak nanges = semua ada.
(Pakej yang tak sepatutnya dihadapi oleh pengantin pompuan.kan?)
Hari pun dah malam.
Pengantin pompuan ronda sampai malam untuk cari baju pengantin lelaki.
(wahhhh boleh jadi tajuk Metro kan?)
Habis semua kawan papa kak shida@papa dia call..tanye kalau2 ade baju melayu putih yang sama saiz.
Memang time tu rasa macam mustahil giler nak dapatkan baju melayu putih tu.
MAGIC je yang dapat selamatkan aku time tu.
Memang dah putus asa giler2.
Aku sangat-sangat tak sangka time minum2 kat kedai malam tu..
jumpa la kawan kak shida. Setelah kami cerita dari A sampai Z..
dia dengan relahati..murah hati...baik hati SANGGUP nak tolong jahitkan baju melayu putih laki aku.
Haa kan MAGIC tu !
Alhamdulillah.
Selesai 1 masalah.
Khamis malam dia amik tempahan,
Jumaat malam dia datang anta kat umah aku.


Kesimpulan : aku sayang kakak aku.Tu je kakak yang aku ade selama ni.
Dia tempat aku kongsi masalah. Dia jugak tempat aku lepas geram.
kalau dia takde..kat sape aku nak share story2 aku?
Takkan aku nak citer hal pompuan kat adik2 lelaki aku.kan?


Tuesday, 20 September 2011

Beli tali panjang !

Tada !
Ni la pendrive comel aku.


Haha..
Dah jumpa dah pendrive comel aku..
Tercicir lam keta Kak Erin (",)

Moral of the story : Pergi beli tali panjang.ikat kat pendrive tu ye nurul shahidah.Pastu gantung an kat leher.

Pendrive aku!

Semalam lupa bawak stokin.
Hari ni pendrive aku yang comel tu pulak hilang.
Ape kes?

Dah la takde back-up langsung.
Dah la ade gambar-gambar yang tak save lam laptop.
Dah la file keje sume lam tu.
Dah la nota2 lam tu.
Dah la.

Sesape yang jumpa pendrive comel aq ni tolong la pulangkan.

Monday, 19 September 2011

Rindu mak.

Rindu nak cium tangan mak.
Rindu nak sembang dengan mak.
Rindu nak masak sama-sama dengan mak.

Rindu nak tengok muka mak.
Rindu nak dengar mak bebel...suruh bangun..suruh solat..

Rindu nak peluk mak macam ni.
Rindu nak tidur seblah mak.
Rindu nak makan sama-sama dengan mak.
Rindu nak jalan-jalan dengan mak.
Rindu nak dengar suara mak.
Rindu nak gelak same dengan mak.
Rindu nak kongsi cerita dengan mak.
Rindu nak basuhkan baju mak..jemur baju mak...lipat baju mak.

Mak....uyui rindu....

Rindu sangat.

Stokin!!

Macam mane boleh lupa bawak STOKIN ni...!
Rase geli pulak pakai kasut tanpa STOKIN..huhu


1st time pakai kasut tanpa stokin.

Saturday, 17 September 2011

Selamat aku huhu...

Tadi cam takde keje..
Cek kat Lily Slim BMI aku..

Nah..tengok la.
Aku tak tekeluar dari carta lagi tau
(^_____^)

Yeah !

Thursday, 15 September 2011

Nak tuntut janji.

Ari ni khamis.
Waaaaa bestnye!! Esok cuti.
(-_-)

Hoyeaaaa hoyea...
Nak raya puas-puas.
Nak ronda puas-puas.
Nak makan banyak-banyak.
Nak godek camera baru.   
Nak snap gambar sebanyak mungkin.
Nak kena housekeeping bilik tidur..bilik air.
& yang paling penting...
-
---
-----
Nak tuntut janji Mr Hubby untuk wat massage kat kaki ku ini.
(^_^)(^_^)(^_^)
Dari semalam sengal-sengal cam jalan jauh je.
Padahal dok jalan dari ofis ke bus stop je...
dari bus stop ke flat ijau..
huhuhu



SELAMAT BERCUTI SEMUA!


Tuesday, 13 September 2011

Jangan jadi BOS kalau....

1. Tak pernah nak kenal/ingat nama staf. 
Malu la.Hari-hari ngadap takkan tak penah lekat 1 nama pon kan?

2. Tak pandai langsung nak puji.
Sesekali puji la orang bawah. Ter'motivate' la sikit dorang. Hilang stress bila bos puji.

3. Pandai maki je.
Asal cakap je maki. Asal buka mulut je maki.Ape kes?Sawan ape.

4. Ego tinggi MENGGUNUNG!
Sampai nak senyum pun susah. Tegur pekerja pun tak pernah. Ingat ko tu Sultan ke hape?

5. Management FAIL.
Confirm tunggang-langgang ofis.

6. Tau buat hal sendiri je.
Carta organisasi syarikat pon tak penah tengok. Setiausaha sendiri pon tak kenal. Osah parah ea ni!

7. Tak tau skill nak tegur pekerja.
Tegur main jerit je sape nak layan kan..

8. Serabai!
Orang gila lagi layak jadi bos haha..

9. Kedekut.

10. Pemalas.

11. Biadap.

12. Bengap.

13. Lembab.


14. Gila.
Kang meroyan lam ofis susah pulak an.

15. Tak tau cakap Bahasa Malaysia standard.
Kalau bukak company sendiri boleh la nak guna loghat negeri sendiri ye.

16. Taknak ikut peraturan syarikat.
Boleh ke?..?

17. Suka berpuak.
Ehhh..jadi bos kena la bergaul dengan semua orang kan.

18. Pengotor.

19. Buruk perangai.

-
---
-----
-------
---------
-----------
-------------
----------------


Friday, 9 September 2011

Apakah??ape?kah ke ape..

Hari ni pas lunch tiba2 rase mencucuk-cucuk kat dada kiri.Nak kata makan banyak tak pulak..
Aku makan nasi macam biasa je..
Risau pulak sakit kat dada kiri ni..yela kan dekat ngn jantung tu..
Ke aku ada masalah penghadaman?
ke? yeke?
Hubby suruh beli eno..tapi aku xnak huhu
Esok kan dia balik...kalau sakit lagi biar dia yang belikan..
(^_^)

Tapi kan..rase tu datang sekejap-sekejap je...
Pelik kan..risau..takut la...
Harap-harap xde pape la.


Tengah online terjumpa ni kat tenet :
"Sakit di atas-tengah abdomen yang teruk dan seperti menyucuk, dengan, atau tanpa, loya atau muntah adalah petanda beberapa keadaan: Ia menunjukkan samada:
Ia mungkin juga pra-eklampsia, satu keadaan serius yang memerlukan rawatan segera."

Takut......

Tuesday, 6 September 2011

Muntah-muntah? Loya??

Masuk hari ni..dah nak dekat seminggu Mr Hubby loya-loya.
Katanya..rase macam nak muntah sangat.Tapi tak kua apa-apa pun..
Nak kata sebab makan banyak pun tak sebab dia dah mula makan sikit..
Semalam sakit pinggang pulak.
Malamnya terus tak boleh tidur sebab tekak loya gila gaban.
Asik bangun je pergi toilet..tapi tak muntah pon
(Aku tido mati tak sedar pun dia bangun banyak kali huhu..sowie ye hubby)

Alkisah pagi tadi..aku tak sempat nak buat sarapan(sebab dah lambat nak gi keje)
So dia makan la maggi..
Lepas suap dua sudu terus muntah..
Tak sempat nak ke toilet.. (nasib baik tak kene carpet umah kakak..kalau tak..huhu)

Hari ni last hubby cuti.Tadi dia dah naik bas ke JB..pukul 10pm.
(Siap bawa plastik ngn towel kecik lagi, plus asam...takut muntah lam bas)
Esok hubby dah start keje..
Tapi next Jumaat malam jumpa lagi. Yeah! (^_^)
Tu la rutin kami. Jumpa every weekend je..
Miss you hubby!

Tadi sampai je umah sewa..terus timbang berat.
Jangan tak pecaya ye..berat aku sekarang 53KG!
Naik giler2.
Dulu sebelum kahwin 48kg.
3 bulan lepas kahwin naik 2kg...jadi 50kg.
Lepas raya terus naik 3kg! 
Syabas ye Nurul Shahidah.

Kalau still takde sebarang GOOD NEWS
lepas ni aku kena usaha keras untuk kempiskan mana yang dah kembang.
Mesti!


Gambate Yuyui_chan!


Monday, 5 September 2011

Raya ke-7.....dinner kat luar!

Lepas maghrib tadi terus keluar jalan-jalan kat 9 Evenue,Nilai. Hajat hati nak pergi makan steamboat kat lot tingkat atas tu. Tengok harga display kat poster dia tu terus tak jadi huhu...1 kepala rm22++....macam tak berbaloi je. Then terus la pergi makan kat SAS. Bulan pose ari tu tengok kat restoran ni ramai je orang. Nak rase gak sedap sangat ke makanan dia.


Nie la restoran tu...betul-betul ngadap Giant...
Pelapik makanan..comel kan?
air asam boi... milo ais..
Sup ekor..RM7

Ayam sambal...RM5.50

Nasi putih..

Kailan ikan masin....RM5

Telur dadar...tapi banyak giler minyak...da macam telur berkuah minyak.

Esok Mr Hubby cuti lagi.So esok malam baru balik Putrajaya..(^_^)

Dah kenyang..nak tidur plak..
Nite....

Friday, 2 September 2011

Penat !

Salah satu aktiviti bila penat memerah keringat : DENGAR LAGU SEKUAT MUNGKIN DENGAN HEADPHONE LEBIH 5 KALI GANDA BESAR DARI TELINGA.

Huhu..

Macam ni ha...


Thursday, 1 September 2011

Alalalalala comelnye awak !

Jom jamu mata jap..























Comelnyeeeeeee awak semua!

Layan lagi kat link ni :

baby-korean
baby cry
benda-yang-comel-untuk-baby

Dah dah..
Cukup untuk hari ni..
Daaaa....