(^_^)

Tuesday, 15 May 2012

Aktiviti hujung minggu...

Ni lah benda yg aku kerjakan weekend ni..13/5/2012
Teruja tengok pic cheese tart yg comel2..
Aku pon sibok nak 'menerai'..
Jom tengok hasilnye..
(^_^)

Crust yg dah siap dibakar...kena tunggu sejuk dulu baru boleh
letak jem blueberry..

Letakkan jem blueberry...kalau boleh ratakan supaya tak
berbonjol nanti hehe..

Then letak cream cheese. Ni lah hasil bila jem tak diratakan...
berbonggol-bonggol.

Lepas letak cream cheese, cepat2 buat corak. Nanti kalau dah
keras susah nak melakar hehe..

Corak 1..

Corak 2...
Dah siap lukis..bakar tart lg 5 min..

Dah siap! Yummy-yummy.....

Sesape yang nak try..refer resepi kat SINI !
Senang je nak buat..
Rajin dgn tak rajin je hehe...
Selamat menerai!


Friday, 27 April 2012

Tada......

Berjaya jahit design manik yang aku nak adalah 1 kepuasan yg tak terungkap!

(^_^)

Nak tengok hasilnya?
Jom tengok kat sini ye :

Thursday, 26 April 2012

Giler membeli lagi!


Hari ni aku online shop lg!
Fuhhh...kus smangat..ingat sikit gaji belom masuk lg cik oii.
Dah lame tak ber'online shoping'..
Skali tengok koleksi manik kat fb terus berpinar mata..haha
Esok kalau item dh sampai..aku post gambar kat blog..ngehhh2

Malam ni nak try jahit manik crumble..
Esok kita tengok hasilnye (^_^)

Daaa~~



Thursday, 19 April 2012

Tempah Jahit Manik untuk Aidilfitri 2012


Mari-mari!
Tempahan dibuka sekarang.
Untuk maklumat lanjut..klik http://yuyuibeads.blogspot.com/
Speacial harga utk Aidilfitri 2012
(^_^)

Tuesday, 17 April 2012

Yummy-yummy....

P1250451

Petang-petang ni...tgk gambar kat atas ni..sangat la terliur huhu...
malam ni nak goreng tempe la.
Cecah dengan sambal kicap..
Maveles!
(^_^)

Thursday, 22 March 2012

Minggu ke-23....

Aku dah rasa baby gerak!
Sangat teruja tau tak. Pagi2 aku rajin tengok perut sbb dah nampak baby gerak.
Selalu time tengah keje pon rasa baby main-main lam perut.
Time berjalan pon rase!
Wow.
(^_^)

Gambar 1st aku amik time preggy
(lepas dari gambar kat Snowalk tu)...
rasanye aku dah ilang sense untuk bergambar huhu...

With Kak Miza (ofismate)...

With Kak Erin (ofismate)...
Sekarang aku dah start beli Cloth Diapers/CD/lampin kain...
sebab aku taknak anak aku guna pampers (untuk kesihatan,alam sekitar & jimat duit!)
Dah start survey set ubat/jamu bersalin..
List down barang2 keperluan aku lepas bersalin nanti + keperluan baby cam baju,sua,tilam,bedung dll.

***orang lain sibuk buat persiapan raya, aku plak sibuk wat persiapan bersalin huhu.. :)



Friday, 9 March 2012

Ibu mengandung dan anemia..

Definisi Anemia


Anemia merujuk kepada keadaan kekurangan darah di mana paras hemoglobin seseorang itu berada pada tahap kurang daripada 11gm%.

Punca-Punca Anemia

Anemia boleh disebabkan oleh kekurangan nutrient seperti zat besi, asid folik atau vitamin B12 dan juga penyakit seperti malaria, jangkitan cacing dan thalasemia. Walau bagaimanapun, anemia yang berlaku disebabkan oleh kekurangan nutrient berpunca daripada masalah berikut:
Kurang makan makanan yang kaya dengan zat besi, asid folik dan vitamin B12.
Kerap makan makanan yang menghalang penyerapan zat besi seperti teh, kopi dan produk soya.

Makanan yang dimakan mempunyai kadar penyerapan zat besi yang rendah.

Status Anemia

Status anemia ditentukan melalui paras hemoglobin dalam darah seperti berikut:

Paras Hemoglobin (Hb) / Status Anemia

Hb kurang 9 gm% (Anemia Teruk)
Hb antara 9 – 10.9 gm% (Anemia Sederhana)
Hb 11 gm% dan ke atas (Normal)

Tanda-Tanda Anemia

Pucat
Letih dan Lesu
Pitam
Kerap mengalami sakit kepala dan pening.

Kesan-Kesan Anemia

Anemia yang disebabkan oleh kekurangan zat besi boleh memberi kesan ke atas produktiviti, pencapaian intelektual dan kehamilan puan. Anemia yang berlaku semasa kehamilan boleh memberi kesan kepada puan dan bayi dalam kandungan puan seperti berikut:

Kesan Anemia Kepada Ibu

Keguguran
Bersalin Awal
Kematian Janin dalam kandungan
Tumpah darah selepas bersalin

Kesan Kepada Bayi dalam Kandungan

Kurang berat lahir (kurang 2.5 kg)
Lahir tak cukup bulan (premature)
Anak lemas semasa lahir (Asphyia)
Pertumbuhan bayi terbantut 

Ibu hamil yang mengalami anemia perlu mengamalkan panduan berikut:

A) Tingkatkan Pengambilan Makanan Yang Kaya Dengan Zat Besi

Zat besi terdapat dalam daripada sumber haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Walau bagaimanapun zat besi yang terdapat dalam makanan daripada sumber haiwan seperti daging merah dan makanan laut mudah diserap oleh tubuh puan berbanding dengan zat besi yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan.
Oleh itu puan dinasihatkan supaya makan makanan ini sekurang-kurangnya 4 kali dalam seminggu. Terdapat banyak jenis makanan yang mempunyai kandungan zat besi yang tinggi dan puan boleh memilih mengikut selera dan keperluan seperti di bawah:

Makanan Sumber Haiwan

Jenis / Saiz Hidangan / Berat / Kandungan Zat Besi / Pengambilan 1 Minggu

Daging / 2 keping saiz kotak mancis / 60 gm / 1.2 mg / 6 – 8 keping

Ayam / 1 ketul paha saiz sederhana / 60 gm / 0.5 mg / 3 – 4 ketul

Hati, Pedal Ayam / 1 ketul / 22 gm / 2.2 gm / 1 ketul (2 lobar)

Hati lembu / 1 keping saiz kotak mancis / 30 gm / 2.5 gm / 1 keping

Kerang / 20 biji / 50 gm / 4.1 gm / 20 biji

Ikan / 1 ekor saiz sederhana / 36 gm / 0.9 gm / 3 – 4 ekor

Ikan bilis / 1 sudu makan / 1 sudu makan / 0.05 gm / 5 sudu makan


Makanan Sumber Tumbuh-Tumbuhan

Jenis / Saiz Hidangan / Berat / Kandungan Zat Besi / Pengambilan 1 Minggu

Peria / 1 cawan / 125 gm / 7.3 mg / 7 cawan

Kangkung / 1 cawan / 78 gm / 4 mg / 7 cawan

Bayam / 1 cawan / 54 gm / 2.3 mg / 7 cawan

Taugeh / 1 cawan / 87 gm / 1.5 mg / 7 cawan


B) Tingkatkan Pengambilan Vitamin C

Kadar penyerapan zat besi yang terdapat dalam makanan sumber tumbuh-tumbuhan seperti bijirin, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran adalah lebih rendah berbanding dengan kadar penyerapan zat besi daripada dengan kadar penyerapan zat besi daripada sumber haiwan. Oleh itu untuk meningkatkan kadar penyerapan zat besi daripada sumber bijirin, kekacang dan sayur-sayuran, puan digalakkan untuk makan makanan tersebut bersama dengan makanan yang kaya dengan vitamin C.
Selain daripada itu, kehadiran makanan daripada sumber haiwan seperti daging dan ikan juga boleh meningkatkan penyerapan zat besi daripada bijirin, kekacang dan sayur-sayuran. Kandungan vitamin C yang boleh meningkatkan kadar penyerapan zat besi.


Kandungan Vitamin C Dalam Buah-Buahan

Makanan / Saiz Hidangan / Berat / Kandungan Vitamin C

Jambu Batu / 1 potong / 64 gm / 97 mg

Buah Kiwi / 1 biji / 87 gm /65 mg

Limau Manis / 1 biji / 134 gm / 30 mg

Limau Nipis / 1 biji / 73 gm / 17 mg

Mangga / 1 biji / 232 gm / 30 mg

Nenas / 1 potong / 106 gm / 16 mg

Belimbing Besi / 1 biji / 113 gm / 26 mg

Tembikai / 1 potong dengan kulit / 40 gm / 2.2 mg

Buah Betik / 1 potong tanpa kulit / 159 gm / 112 mg


C) Kawal Pengambilan Makanan Yang Menghalang Penyerapan Zat Besi

Puan dinasihatkan supaya mengawal pengambilan teh atau kopi kerana minuman ini mengandungi tanin yang boleh menghalang penyerapan zat besi daripada sumber bijirin, kekacang dan sayur-sayuran.

Jika Puan teringin untuk meminum teh atau kopi, minuman tersebut boleh diminum 2 jam selepas waktu makan utama untuk mengelakkan gangguan ke atas penyerapan zat besi. Puan digalakkan untuk minum jus buah-buahan bagi mengantikan teh atau kopi untuk meningkatkan penyerapan zat besi.

Begitu juga dengan kalsium yang terdapat di dalam susu dan hasil tenusu. Ia juga merupakan bahan yang boleh merencat penyerapan zat besi daripada sumber haiwan. Oleh itu sila pastikan puan minum susu 2 jam selepas waktu makan utama. Waktu terbaik untuk minum minuman bersusu adalah waktu minium pagi, minum petang dan sebelum tidur iaitu 2 jam selepas waktu makan utama.

Makanan-makanan lain yang mengandungi bahan yang boleh merencat penyerapan zat besi adalah seperti di bawah. Puan dinasihatkan agar mengatur pengambilan makanan tersebut supaya ia tidak mengganggu penyerapan zat besi.


Jenis Makanan – (Bahan Perencat Penyerapan Zat Besi)

Oat dan Gandum Bijirin Penuh – (Fitat)

Teh, Kopi , Koko – (Polifenol dan Tanin)

Susu dan Hasil Tenusu – (Kalsium)

Kuning Telur – (Fosvitin)