(^_^)

Friday, 30 December 2011

Minggu ke-11...buasir?

Malam tadi adalah malam yg menggerunkan dan mengecutkan perut aku.
Aku tak boleh nak tidur sebab perut rase tak selesa sangat.
Krook2 je bunyi..
Rase macam ada ribut je kat lam perut.
Pastu rasa nak melabur..bila dah masuk lam bank..
Cuak giler aku bile tengok bahan buangan aku bercampur ngan darah!
memang takut tahap nampak segerombolan pocong.

Terus aku inform hubby.
Hubby cakap mungkin buasir kot..
Sebab aku memang suka makan pedas..and terlalu gilakan pedas.
and dinner malam tu memang aku ade makan SESUDU sambal belacan yang super pedas.
sesudu je..selalu xde problem pon.
Fuhhh..
Lega sikit aku.
Ingatkan aku gugur tadi.
Tapi bila pikir2 balik..kalau gugur mesti la kua darah kat depan..
bukan kat belakang macam yg jadi kat aku ni kan?kan kan? kannn?

Moral of the story : pasni kena la KURANGKAN makan makanan pedas!
mesti!

Tapi kalau nak suruh aku stay away dari makanan pedas memang la mustahil kan?
Urmmmm what to do?

Tuesday, 13 December 2011

Untuk pengetahuan bakal bapa..

Si suami bila dapat tau dia bakal jadi ayah mesti rasa gembira yang teramat sangat..
happy tak terucap la bak kata orang.

Tapi lain pulak dengan situasi si isteri.
Bila bakal ibu dapat tau dalam rahimnya ada 1 nyawa..
memang dia gembira.
tapi berbaur dengan macam-macam perasaan lagi.
Sentiasa risau dengan keadaan/kesihatan baby,
Sentiasa perlu bersedia menghadapi pelbagai jenis kesakitan/perubahan yg tak pernah dirasa sebelum ni,
Akan menjadi lebih berhati-hati dalam melakukan aktiviti harian,
Lebih aware dengan pemakanan,
Lebih peka dengan macam-macam bau/rasa,
Ada bakal ibu yg dapat rasa mual yang teramat sangat,
Sampaikan nak makan pun tak lalu, tapi sebenarnya si ibu lapar.
Si ibu akan berasa mual ketika lapar,
jadi untuk itu, si ibu perlu makan walaupun hanya sepotong buah-buahan.
Kepada bakal bapa; silalah aware dengan situasi ini ye.
belikanlah buah-buahan ke..bijirin ke..atau biskut oat/gamdum yg menyihatkan.

Jangan marah jika si isteri lebih kerap tidur/tidur awal.
Kerana dalam situasi sekarang, si isteri akan mudah berasa letih..dan perlukan lebih banyak rehat dari biasa.
Jangan marah kalau isteri tak dapat teman anda makan seperti selalu.
Kerana bakal ibu akan makan dalam kuantiti sedikit..tetapi kerap.
Jangan terlalu mengharap info dari isteri.
Suami pun perlu mencari info tentang pregnancy untuk memastikan isteri + anak anda sihat.(jangan malas membaca!)


p/s : banyak lagi yang aku nak share.
tp kurang rajin untuk menaip.
so...tata.

Thursday, 8 December 2011

Memo!

Hari ni aku nak umumkan yg;
  • FB aku akan dilimpahi dengan entry/update luahan perasaan (rasa tak puas hati, benci, bosan, meluat,umpatan yg agak keterlaluan,gosip hangeeet & yg seangkatan dengannya) sehinggalah aku menghantar Surat Resign.
  • Aku terpaksa mencemarkan page sendiri untuk memastikan kesihatan dalaman/emosi KAMI BERDUA stabil & TIDAK AKAN ade lagi perasaan negatif yang akan terpendam di celah hati/jantung/pankreas yg akan menyebabkan kesihatan dalaman baby tergangggu.(dan menyebabkan aku terberanak awal)
  • Harap kawan2 dapat bagi response/komen yang membina (cewah!) supaya aku menjadi lebih kuat!
  • Kepada yg tak berminat/tak berkenaan langsung/takde pertalian usus, silalah JANGAN komen/response.
  • Harap aku dapat hantar notis secepat mungkin supaya FB aku tidak terus rosak!

Yang selalu benar,
Nurul Shahidah Shahari

Wednesday, 7 December 2011

Takziah & tahniah kawanku..

Sangat terkejut.
Hari ni baru aku tau yg kawan aku sorang ni miscarriage..
Takziah ye Asilah..
dan tahniah juga kerana ini :

(Sila klik pd gambar untuk kanta pembesar)
Wallahua'lam..semoga hadis ini memberi berita gembira kepada wanita-wanita yang keguguran.
Sangat besar ganjaran yang awak dapat kawanku..
Semoga awak tabah dan terus bersabar.
Amin.

Apepun nak review balik gambar wedding Asilah:
(sangat cantik!)



Harap Silah & suami terus senyum macam ni menghadapi dugaan mendatang..xmo gaduh2 tau! Ahaks..

Thursday, 24 November 2011

Nak wish.

19/11/2011 = wedding kak shida (^_^)

To kak shida;
Selamat pengantin baru kak!
Semoga kekal bahagia hingga hujung nyawa.
Cepat2 dapat baby comel ye hehe..
Sorry sangat sebab tak dapat tolong ape2 untuk preparation wedding akak.
Tapi orang happy sangat sebab akak dah ade someone :)
Semoga berbahagia ye :)
syg akak!

To my husband;
Mekacih banyak2 sebab izinkan syg pergi wedding kak shida..
& mekacih jugak sebab sudi anta syg & mak pergi rumah dia..
I really appreciate it, b.
Dah la syg x tolong langsung time kenduri..
at least bila b bagi syg pergi kenduri tu kurang sikit la rasa tak sedap hati tu.
Kalau syg x pergi memang syg akan rasa sangat2 bersalah seumur hidup syg.
Thanks b for understand me.
Love you very much!

So sweet!

Friday, 18 November 2011

Aku mula bosan

Sekarang dah tak boleh selalu on9 lagi sbb laptop wat hal.
Dye dah tak boleh detect Wifi yg ade.
So kena la guna broadband..
Tapi nak beli kena tggu bulan depan..
Bajet bulan ni xde lebih untuk broadband.

Bermulalah hidup tanpa internet ku..
Cukup bosan.
Tak lalu la pulak nak layan citer korea hari-hari.
Habes..takkan nak makan 24jam pulak.
Eermmm..
Tu sebab dah lama aku tak update blog ni..
Selalu idea tu datang time tengah bersenang-senang kat umah..time mlm2
Time keje macam ni tak tau pulak nak tulis ape.

...........................................................................................................
...........................................................................................................

Aku nak berniaga la.
Taknak keje bawah kaki orang lagi..
Bosan.
Aku nak berniaga.
Aku try buat bisnes on9.
Tapi bulan lepas target tak dapat dicapai.
Aku kena susun strategi nih.
Kena gempakkan promotion.
Kena rajin.
& kena ade broadband.
Huhhh balik pada benda yg same jgk...BROADBAND.


Aku tak boleh berniaga face-to-face sebab communication skill aku sangatlah HODOH.
Means aku tak pandai bercakap.
Dan aku tak berapa suka bercakap..pelik kan.
Itu la aku.

Aku tak suka bercerita.
Aku tak suka cakap banyak.
Aku lebih senang mendengar.
Kawan-kawan takkan tau apa-apa pasal aku kalau tak tanya.
Sebab once aku dah start bercerita..aku akan terus bercakap (^_^)
So kalau aku cakap banyak tu maknanya aku selesa la dengan kau.
& kalau aku buat endah tak endah tu maksudnya aku JELIK la dengan kau.
Faham?

MOOD : meracau!