(^_^)
Thursday, 23 February 2012
Gembiranya!
Sukanya!!!!
Tak perasan rupanya bulan ni bulan last aku belajar Sulam Manik Online..
kira final sem la ni hehehe...
Rasa macam skejap pulak.
Aku start study online ni dari Julai 2011.
Masa tu load keje tak banyak sangat...so rasa cam nak tingkatkan ilmu+skill la
Sebulan 1 modul.
Semuanya ada 8 modul..
tapi kan..akhir tahun lepas ade jugak rase cam nak stop tau.
rasa macam dah cannot go..cam dah bosan pegang jarum ngan manik..
bila 2-3 hari tu pk2 balik..cam rugi je blaja sekerat jalan.
dah alang2 belajar tu..baik sampai abes! bia pandai.
Then terus sambung lagi (^_^)
Alhamdulillah..bulan ni dah bulan last.
Serius cam tak caye je aku dah nak dapat sijil sulam manik!
Online course ni ade 4 choice.
Sulam manik..sulam tangan..sulam kerawang..sulam reben.
pilih la mana yang korang minat.
Kepada kawan-kawan yang berminat..
boleh klik kat SINI
Wednesday, 22 February 2012
Snowalk...
tempat : Snowalk I-city, Shah Alam
tarikh : 4/2/2012
teringin nak main salji..tp frust giler bile tau yg rumah 4 musim kat Taman Botani Shah Alam tu tutup pulak..
sebab nak buat preparation untuk musim bunga.
Sedih!
search lam intenet terjumpa pulak Snowalk I-city ni..
teruja giler nak pergi..ahaks.
ok, sedikit info pasal Snowalk ni :
tarikh : 4/2/2012
teringin nak main salji..tp frust giler bile tau yg rumah 4 musim kat Taman Botani Shah Alam tu tutup pulak..
sebab nak buat preparation untuk musim bunga.
Sedih!
search lam intenet terjumpa pulak Snowalk I-city ni..
teruja giler nak pergi..ahaks.
ok, sedikit info pasal Snowalk ni :
- adult fee : rm20,child : rm15 (kanak2 atas 3 tahun je boleh masuk. tapi aku tengok ade je yang bawak baby yang lom pandai jalan masuk situ. kesian baby tu). Bayaran masuk ni termasuk ngn sewa jaket tebal. Kasut tak disediakan..make sure nak datang tu pakai kasut bertutup..pakai seluar tebal cam jeans, kalau ade glove ngn mafela/shawl bawak skali..untuk cover tangan ngn pipi.. :)
- suhu lam tu under -5 deg. C ..memang cam lam peti ais!
- sekali bayar kita boleh masuk situ dalam 4-5 jam. Dalam beberape jam tu kita bebas untuk keluar masuk tempat salji tu. takdelah beku dok dalam je kan..
- kat dalam tempat ais tu ade banyak ukiran2 ais yg boleh kita tengok..tempat gelongsor pon ade..memang puas la amik gambar kat lam ni :)
- Yang bestnye..boleh bawak masuk kamera! (dulu takleh).
- masa aku pergi ni dorang tengah buang ais lama..sebab nak bawak masuk ais baru. Dorang kate lepas ni tempat tu akan tutup kejap sebab nak prepare untuk tema Ice Age plak. (cam best je kan?) & dorg nak luaskan kawasan ais tu...
- kat sini takde pun hujan salji yg cam kat oversea tu.. :( so harus la satu hari nanti aku pergi Korea untuk main salji yg bebetul pulak!
Jom layan gambar.....
mula2 aku dapat jaket itam ni..ade poket..tebal.. ade bulu kat leher..tp takde hoodie |
gatal pegi tuka jaket biru ni..ade hoodie..tp jaket ni nipis sikit.. takde poket lak tu.. sejuk gila gaban la tangan ngan pipi.. |
ni la tempat gelongsor tu.. |
aku berempat pergi snowalk..aku+husband+2 org anak sedara husband. |
tempat amik jaket..ade macam2 jenis..so pilih la yang tebal :) |
Sebenanya ade beratus gambar.
ni je yg sempat di'upload'.
bye.............
Friday, 17 February 2012
Minggu ke 18...uri turun
tadi pergi scan baby..
doc cakap kedudukan uri turun sikit..4/5/2012 nti doc nk scan lg..nak tengok ade perubahan or tak..
wut to do?
P/S : kepada kawan2 yang berpengalaman..
silalah tinggalkan komen.
nasihat anda amat saya perlukan sekarang.
~~~sangat2 wisau skrg nih~~~
Monday, 13 February 2012
Simpan Duit (part 2) : Motivasi kewangan
Aku hampir give-up untuk teruskan misi Tabung Duit Besi semalam.
Alasan; ala leceh la nak kena ada duit syiling hari2..klau xde duit syiling camne?
kalau beli2 dapat balance 10 sen je camne? kalau taknak beli2 camne?..
Pandai kan aku buat alasan?..
Haish...xleh jd ni.
Dah niat nak capai target, MESTI la usahakan sampai abes.
Tak gitu.
Sampai je ofis aku terus bukak website Irfan Khairi kat SINI
untuk dapatkan motivasi kewangan..yg dah hampir hilang semalam.
Alhamdulillah semangat aku naik balik.
Aku mesti capai target yg dah aku aim.
MESTI!
Promosi! jangan berenti.
Berikut adalah antara kesilapan perniagaan Internet yang dilakukan oleh usahawan Internet. Mudahan kita tidak melakukannya…
- TIDAK MELAKUKAN PROMOSI. 96% perniagaan akan gagal. Punca utamanya adalah tidak melakukan promosi. Ada pepatah mat salleh berbunyi “Build it and they will come” merujuk kepada zama dulu, kalau dibina sebuah kota, nanti orang ramai akan datang menghuni kota tersebut.Tetapi, pepatah ini tidak boleh digunakan di Internet. Sekiranya anda bina laman web, orang tidak akan datang melawat laman web anda oleh kerana tiada siapa tahu kewujudannya! Promosi perniagaan Internet perlu dilakukan secara berterusan. Lakarkan perancangan setiap hari, setiap minggu teknik-teknik promosi yang anda perlu lakukan untuk mengumumkan laman web anda kepada semua.Apabila orang tahu kewujudan laman anda, baru lah mereka akan datang!
- TIDAK MEMBERI MAKLUMAT YANG MENCUKUPI DI LAMAN WEB. Orang ramai inginkan informasi yang lengkap sebelum membuat keputusan belian. Informasi, bukan sahaja tentang produk yang di jual, tetapi juga tentang syarikat, kaedah belian, pemilik, cara hubungi yang lengkap.Di Internet, kepercayaan adalah penyebab utama sama ada seseorang itu beli daripada anda ataupun tidak. Maklumat yang tidak lengkap hanya akan menimbulkan rasa ragu-ragu prospek anda dan mereka pun tidak akan ragu-ragu untuk beredar dan tidak membeli!
- TIDAK KEMAS KINI BLOG. Bagi anda yang memiliki blog, blog yang tidak aktif tidak akan dapat mengundang pelawat. Di Internet, pelawat perlu melawati sesuatu laman web berkali-kali sebelum terbinanya kepercayaan dan keyakinan. Blog adalah satu cara memberi sebab untuk pelawat datang berulang kali untuk mendapat maklumat-maklumat terbaru.Namun, blog yang tidak di kemas kini (sebaiknya seminggu sekurang-kurangnya sekali), tidak akan mendapat pelawat berulang. Kalau miliki blog, pastikan anda mengemaskini blog anda!
- HANYA FOKUS KEPADA SATU CARA PROMOSI. Terdapat berbagai-bagai kaedah promosi perniagaan Internet. Sama ada melalui email, blog, facebook, enjin pencari, pengiklanan dan sebagainya.Ada juga usahawan Internet yang hanya fokus kepada satu kaedah sahaja, contohnya, hanya fokus kepada jualan di Facebook sahaja. Walaupun cara ini tidak salah, namun, ianya merupakan peluang mendapat pelanggan yang lebih ramai terlepas oleh kerana tidak menggunakan kaedah yang lain.Sekiranya hanya promosi menggunakan Facebook, tetapi pesaing anda promosi menggunakan Facebook, Blog, Email, dan Enjin pencari, agaknya, siapa yang akan mendapat pelanggan dan keuntungan yang lebih? Pastinya pesaing anda!sumber dari : http://www.irfankhairi.com/blog
Satu kesilapan dalam mempromosi kan sesuatu perniagaan (perniagaan Internet dan juga bukan Internet) adalah kekerapan menukarkan mesej promosi yang di sampaikan.Sebagai contoh, minggu ini dalam mesej promosi, menekankan mesej A. Minggu kedua menekankan mesej B. Minggu ketiga menekankan mesej C. Dengan harapan,bertukar-tukar mesej sebegini kerap dapat memberi prospek lebih banyak maklumat.Kajian menunjukkan bahawa 90% daripada apa sahaja mesej promosi akan dilupakan oleh prospect dalam masa 2 minggu yang pertama!Oleh sebab itulah, dalam mempromosikan perniagaan anda, anda perlu berulang kali menyampaikan mesej yang sama supaya dapat menanam mesej tersebut di dalam fikiran prospect anda.
Patutlah bisnes aku kurang memberansangkan.Rupanya aku kurang buat promosi!
Nota untuk aku ;# Aku kena rajin buat promosi secara ber'frekuensi'/berterusan dan berjadual.Terus buat promosi. Jangan berenti!# Aku kena fikirkan beberapa cara promosi yg lain..selain dari hanya mengedar flyers.Isi promosi kena padat dengan info produk yang aku jual.Biar customer kenal produk aku..dan tertarik untuk beli.# Aku kena sentiasa follow-up dengan return customer.sentiasa bg dorg info terbaru.sentiasa keep in touch ngn dorg.(sbb dorg adalah org yg berminat dengan produk aku).
Dah...cukup tiga ni untuk langkah awal.Aku akan cuba usahakan 3 perkara ni. & tengok hasilnya 2 bulan akan datang.Gambate Yuyui Chan!
Friday, 10 February 2012
Simpan duit (part 1)
Aku nak menyimpan!
& aku kena menyimpan!
Tahun ni memang tahun yg mencabar.
Banyak perkara yg berlaku tahun ni yg memerlukan aku utk menyimpan DUIT.
Sangat kontra dengan sikap aku yang suka sangat spend duit dgn bershopping!
First of all..kenapa aku nak menyimpan??
& aku kena menyimpan!
Tahun ni memang tahun yg mencabar.
Banyak perkara yg berlaku tahun ni yg memerlukan aku utk menyimpan DUIT.
Sangat kontra dengan sikap aku yang suka sangat spend duit dgn bershopping!
First of all..kenapa aku nak menyimpan??
- bulan lepas dgn tak disangka-sangka aku&husband x-cident. Beratus juga la duit habis untuk tarik kereta,repair kereta dll.Lepas dr kejadian tu aku baru terfikir.."kan bagus kalau aku ade tabung kecemasan..boleh guna time2 emergency mcm ni".
- bulan 7 aku besalin.Duit sepital..duit ubat aku..ubat baby...barang2 baby.mane nak korek?
- bulan 4 ni mak aku nak buat kenduri kesyukuran.Guna duit kan?
- Bulan 5 ni paklong aku buat kenduri kat Kelantan.mmg nmpak mcm x wajib kan? tapi kenduri pihak pempuan ari tu kat joho aku tak dapat datang sbb balik kedah. So yg kat kelantan ni aku WAJIB dtg!duit kan?
- bulan 8 dah raya!paling tak kena gak spend duit kan?
Aku takleh bertangguh lagi.
Untuk latihan awal, aku nak cabar diri aku simpan COIN.
Nama challenge : Tabung Duit Besi
Target : RM 30/month
Cara2 : Setiap kali balik keje, korek coin yg ade lam poket. Masukkan lam tabung.
Kat mane2 jumpa coin..ambik.
Try minta diskaun tiap kali membeli ( tak kisah la kalau dapat 10sen pun).
Yang penting tiap hari mesti masukkan coin lam tabung.
Start date: 10/2/2012
End date : 10/3/2012
*tarikh kat atas ni adalah utk trial je. kalau aku pass challenge ni..InsyaAllah aku akan terus buat utk bulan2 seterusnya.Jom kawan-kawan..kita sahut cabaran Tabung Duit Besi!
Chayo2 uyui!
(esok aku upload gambar tabung ye hehe...)
Subscribe to:
Posts (Atom)