(^_^)

Friday, 6 July 2012

Kata-kata semangat~~~

Pagi tadi time mandi kol 6.30 tiba-tiba bleeding.Cuak sangat dah!
Dah nak bersalin ke???
Perut pon rase sakit macam senggugut.
Tengok kat kain batik rupenya dah ada darah..
Aku x sedar dah bleeding sikit time tidur.
Pukul 3am tu mmg aku ade bgn pg toilet..
time tu xde darah pon.
Mungkin dalam pukul 4-5am kot baru bleeding..
Then terus pg hospital.
Doc buat CTG(cek jantung baby).. baby kejap bangun,kejap tidur pulak.
Terus doc masukkan 1 cecair utk buat baby aktif..
Masuk ikut urat tangan..
4 kali cucuk baru jumpe urat yg betul...sakit dia x payah cakap la..
Allah je yg tau..
Then result CTG jd ok..
Ade contraction...tp x semakin kerap..
dia kejap ade...kejap xde..
Doc kate ni tanda-tanda awal nak bersalin..
Sebab kalau dah nak bersalin setiap 10minit paling kurang mesti ade 1 contraction yg disertakan dgn sakit...
atau bleeding yg byk..
atau keluar air ketuban.

Sampai kat ofis aku bukak FB..terus cari kata-kata semangat huhu...
Lemah semangat kalau aku bersalin pg td..dah la hubby kat JB..

Ni la yg aku dpt kat FB Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung:


Yang penting; 

1. Jangan stress!
2. Jangan cuak sangat/gelabah!
3. Keep calm & relax (^_^)

***semoga aku kuat untuk keluarkan baby comel ni ke dunia...
      & semoga baby sihat dan selamat dilahirkan..Amin.

Tuesday, 15 May 2012

Aktiviti hujung minggu...

Ni lah benda yg aku kerjakan weekend ni..13/5/2012
Teruja tengok pic cheese tart yg comel2..
Aku pon sibok nak 'menerai'..
Jom tengok hasilnye..
(^_^)

Crust yg dah siap dibakar...kena tunggu sejuk dulu baru boleh
letak jem blueberry..

Letakkan jem blueberry...kalau boleh ratakan supaya tak
berbonjol nanti hehe..

Then letak cream cheese. Ni lah hasil bila jem tak diratakan...
berbonggol-bonggol.

Lepas letak cream cheese, cepat2 buat corak. Nanti kalau dah
keras susah nak melakar hehe..

Corak 1..

Corak 2...
Dah siap lukis..bakar tart lg 5 min..

Dah siap! Yummy-yummy.....

Sesape yang nak try..refer resepi kat SINI !
Senang je nak buat..
Rajin dgn tak rajin je hehe...
Selamat menerai!


Friday, 27 April 2012

Tada......

Berjaya jahit design manik yang aku nak adalah 1 kepuasan yg tak terungkap!

(^_^)

Nak tengok hasilnya?
Jom tengok kat sini ye :

Thursday, 26 April 2012

Giler membeli lagi!


Hari ni aku online shop lg!
Fuhhh...kus smangat..ingat sikit gaji belom masuk lg cik oii.
Dah lame tak ber'online shoping'..
Skali tengok koleksi manik kat fb terus berpinar mata..haha
Esok kalau item dh sampai..aku post gambar kat blog..ngehhh2

Malam ni nak try jahit manik crumble..
Esok kita tengok hasilnye (^_^)

Daaa~~



Thursday, 19 April 2012

Tempah Jahit Manik untuk Aidilfitri 2012


Mari-mari!
Tempahan dibuka sekarang.
Untuk maklumat lanjut..klik http://yuyuibeads.blogspot.com/
Speacial harga utk Aidilfitri 2012
(^_^)

Tuesday, 17 April 2012

Yummy-yummy....

P1250451

Petang-petang ni...tgk gambar kat atas ni..sangat la terliur huhu...
malam ni nak goreng tempe la.
Cecah dengan sambal kicap..
Maveles!
(^_^)

Thursday, 22 March 2012

Minggu ke-23....

Aku dah rasa baby gerak!
Sangat teruja tau tak. Pagi2 aku rajin tengok perut sbb dah nampak baby gerak.
Selalu time tengah keje pon rasa baby main-main lam perut.
Time berjalan pon rase!
Wow.
(^_^)

Gambar 1st aku amik time preggy
(lepas dari gambar kat Snowalk tu)...
rasanye aku dah ilang sense untuk bergambar huhu...

With Kak Miza (ofismate)...

With Kak Erin (ofismate)...
Sekarang aku dah start beli Cloth Diapers/CD/lampin kain...
sebab aku taknak anak aku guna pampers (untuk kesihatan,alam sekitar & jimat duit!)
Dah start survey set ubat/jamu bersalin..
List down barang2 keperluan aku lepas bersalin nanti + keperluan baby cam baju,sua,tilam,bedung dll.

***orang lain sibuk buat persiapan raya, aku plak sibuk wat persiapan bersalin huhu.. :)



Friday, 9 March 2012

Ibu mengandung dan anemia..

Definisi Anemia


Anemia merujuk kepada keadaan kekurangan darah di mana paras hemoglobin seseorang itu berada pada tahap kurang daripada 11gm%.

Punca-Punca Anemia

Anemia boleh disebabkan oleh kekurangan nutrient seperti zat besi, asid folik atau vitamin B12 dan juga penyakit seperti malaria, jangkitan cacing dan thalasemia. Walau bagaimanapun, anemia yang berlaku disebabkan oleh kekurangan nutrient berpunca daripada masalah berikut:
Kurang makan makanan yang kaya dengan zat besi, asid folik dan vitamin B12.
Kerap makan makanan yang menghalang penyerapan zat besi seperti teh, kopi dan produk soya.

Makanan yang dimakan mempunyai kadar penyerapan zat besi yang rendah.

Status Anemia

Status anemia ditentukan melalui paras hemoglobin dalam darah seperti berikut:

Paras Hemoglobin (Hb) / Status Anemia

Hb kurang 9 gm% (Anemia Teruk)
Hb antara 9 – 10.9 gm% (Anemia Sederhana)
Hb 11 gm% dan ke atas (Normal)

Tanda-Tanda Anemia

Pucat
Letih dan Lesu
Pitam
Kerap mengalami sakit kepala dan pening.

Kesan-Kesan Anemia

Anemia yang disebabkan oleh kekurangan zat besi boleh memberi kesan ke atas produktiviti, pencapaian intelektual dan kehamilan puan. Anemia yang berlaku semasa kehamilan boleh memberi kesan kepada puan dan bayi dalam kandungan puan seperti berikut:

Kesan Anemia Kepada Ibu

Keguguran
Bersalin Awal
Kematian Janin dalam kandungan
Tumpah darah selepas bersalin

Kesan Kepada Bayi dalam Kandungan

Kurang berat lahir (kurang 2.5 kg)
Lahir tak cukup bulan (premature)
Anak lemas semasa lahir (Asphyia)
Pertumbuhan bayi terbantut 

Ibu hamil yang mengalami anemia perlu mengamalkan panduan berikut:

A) Tingkatkan Pengambilan Makanan Yang Kaya Dengan Zat Besi

Zat besi terdapat dalam daripada sumber haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Walau bagaimanapun zat besi yang terdapat dalam makanan daripada sumber haiwan seperti daging merah dan makanan laut mudah diserap oleh tubuh puan berbanding dengan zat besi yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan.
Oleh itu puan dinasihatkan supaya makan makanan ini sekurang-kurangnya 4 kali dalam seminggu. Terdapat banyak jenis makanan yang mempunyai kandungan zat besi yang tinggi dan puan boleh memilih mengikut selera dan keperluan seperti di bawah:

Makanan Sumber Haiwan

Jenis / Saiz Hidangan / Berat / Kandungan Zat Besi / Pengambilan 1 Minggu

Daging / 2 keping saiz kotak mancis / 60 gm / 1.2 mg / 6 – 8 keping

Ayam / 1 ketul paha saiz sederhana / 60 gm / 0.5 mg / 3 – 4 ketul

Hati, Pedal Ayam / 1 ketul / 22 gm / 2.2 gm / 1 ketul (2 lobar)

Hati lembu / 1 keping saiz kotak mancis / 30 gm / 2.5 gm / 1 keping

Kerang / 20 biji / 50 gm / 4.1 gm / 20 biji

Ikan / 1 ekor saiz sederhana / 36 gm / 0.9 gm / 3 – 4 ekor

Ikan bilis / 1 sudu makan / 1 sudu makan / 0.05 gm / 5 sudu makan


Makanan Sumber Tumbuh-Tumbuhan

Jenis / Saiz Hidangan / Berat / Kandungan Zat Besi / Pengambilan 1 Minggu

Peria / 1 cawan / 125 gm / 7.3 mg / 7 cawan

Kangkung / 1 cawan / 78 gm / 4 mg / 7 cawan

Bayam / 1 cawan / 54 gm / 2.3 mg / 7 cawan

Taugeh / 1 cawan / 87 gm / 1.5 mg / 7 cawan


B) Tingkatkan Pengambilan Vitamin C

Kadar penyerapan zat besi yang terdapat dalam makanan sumber tumbuh-tumbuhan seperti bijirin, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran adalah lebih rendah berbanding dengan kadar penyerapan zat besi daripada dengan kadar penyerapan zat besi daripada sumber haiwan. Oleh itu untuk meningkatkan kadar penyerapan zat besi daripada sumber bijirin, kekacang dan sayur-sayuran, puan digalakkan untuk makan makanan tersebut bersama dengan makanan yang kaya dengan vitamin C.
Selain daripada itu, kehadiran makanan daripada sumber haiwan seperti daging dan ikan juga boleh meningkatkan penyerapan zat besi daripada bijirin, kekacang dan sayur-sayuran. Kandungan vitamin C yang boleh meningkatkan kadar penyerapan zat besi.


Kandungan Vitamin C Dalam Buah-Buahan

Makanan / Saiz Hidangan / Berat / Kandungan Vitamin C

Jambu Batu / 1 potong / 64 gm / 97 mg

Buah Kiwi / 1 biji / 87 gm /65 mg

Limau Manis / 1 biji / 134 gm / 30 mg

Limau Nipis / 1 biji / 73 gm / 17 mg

Mangga / 1 biji / 232 gm / 30 mg

Nenas / 1 potong / 106 gm / 16 mg

Belimbing Besi / 1 biji / 113 gm / 26 mg

Tembikai / 1 potong dengan kulit / 40 gm / 2.2 mg

Buah Betik / 1 potong tanpa kulit / 159 gm / 112 mg


C) Kawal Pengambilan Makanan Yang Menghalang Penyerapan Zat Besi

Puan dinasihatkan supaya mengawal pengambilan teh atau kopi kerana minuman ini mengandungi tanin yang boleh menghalang penyerapan zat besi daripada sumber bijirin, kekacang dan sayur-sayuran.

Jika Puan teringin untuk meminum teh atau kopi, minuman tersebut boleh diminum 2 jam selepas waktu makan utama untuk mengelakkan gangguan ke atas penyerapan zat besi. Puan digalakkan untuk minum jus buah-buahan bagi mengantikan teh atau kopi untuk meningkatkan penyerapan zat besi.

Begitu juga dengan kalsium yang terdapat di dalam susu dan hasil tenusu. Ia juga merupakan bahan yang boleh merencat penyerapan zat besi daripada sumber haiwan. Oleh itu sila pastikan puan minum susu 2 jam selepas waktu makan utama. Waktu terbaik untuk minum minuman bersusu adalah waktu minium pagi, minum petang dan sebelum tidur iaitu 2 jam selepas waktu makan utama.

Makanan-makanan lain yang mengandungi bahan yang boleh merencat penyerapan zat besi adalah seperti di bawah. Puan dinasihatkan agar mengatur pengambilan makanan tersebut supaya ia tidak mengganggu penyerapan zat besi.


Jenis Makanan – (Bahan Perencat Penyerapan Zat Besi)

Oat dan Gandum Bijirin Penuh – (Fitat)

Teh, Kopi , Koko – (Polifenol dan Tanin)

Susu dan Hasil Tenusu – (Kalsium)

Kuning Telur – (Fosvitin)



Thursday, 8 March 2012

20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!

Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku. 

1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!! 
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo! 
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.

20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!








***serius tak sabar!

Tuesday, 6 March 2012

Minggu ke 21....

semalam pegi check-up bulanan..
darah drop lagi!

Last check-up hb 10.6
Sebelum tu 10.1
semalam 9.6

what to do?
memang kena makan kerang hari2 la ni.
sorry ye baby sebab mama tak jaga makan.

Tahniah!

Walaupun dah say tahniah..tapi nak cakap lagi.
Tahniah pada Kak Fiza & Pon yang baru menimang putera sulung!
Comel sangat!Tembam bam bam. hehehe...
semoga baby & mama baby sihat selalu (^_^)
Jom layan gambar.

Mama & papa baby~~~

Ni la baby bam bam tu!Comel!

Iras muka mama dia~~~

P/s : terlupa kejap kot rasa sakit bersalin bile tengok baby comel + bam bam cam ni kan Kak Fiza?
hehehe....

Friday, 2 March 2012

Takut~~~

Tahniah kak fiza & Pon!

pagi ni dapat berita yang biras aku (kak fiza) dah selamat bersalin malam tadi kat hospital Sungai Petani..
pukul 1 pagi..anak lelaki.. :)
yang takutnya dia bersalin cezer (ceh..orang lain yang bersalin aku pulak yang takut)
baby ok..tapi kak fiza lom sedar lagi..darah dia naik tinggi..
takut2...
orang kate antara punca darah naik ialah kalau time bersalin tu kita rasa takut sangat.
Wallahualam la..aku pun tak tau.
Tapi aku doa sangat aku dapat deliver dengan tenang & rilex.
taknak gabra2...sebab aku kalau gabra/takut, sume benda tak jadi..
mintak dijauhkan la benda2 yang buruk.Fuhhh!

aku pulak yang jadi takut dengar berita ni pagi2..
harap akak kembali sihat & takde perkara buruk berlaku.
Chayo2 kak fiza!

**tak sabar nak tengok baby baru nih

Thursday, 23 February 2012

Gembiranya!


Sukanya!!!!
Tak perasan rupanya bulan ni bulan last aku belajar Sulam Manik Online..
kira final sem la ni hehehe...
Rasa macam skejap pulak.
Aku start study online ni dari Julai 2011.
Masa tu load keje tak banyak sangat...so rasa cam nak tingkatkan ilmu+skill la
Sebulan 1 modul.
Semuanya ada 8 modul..

tapi kan..akhir tahun lepas ade jugak rase cam nak stop tau.
rasa macam dah cannot go..cam dah bosan pegang jarum ngan manik..
bila 2-3 hari tu pk2 balik..cam rugi je blaja sekerat jalan.
dah alang2 belajar tu..baik sampai abes! bia pandai.
Then terus sambung lagi (^_^)

Alhamdulillah..bulan ni dah bulan last.
Serius cam tak caye je aku dah nak dapat sijil sulam manik!

Online course ni ade 4 choice.
Sulam manik..sulam tangan..sulam kerawang..sulam reben.
pilih la mana yang korang minat.
Kepada kawan-kawan yang berminat..
boleh klik kat SINI

Wednesday, 22 February 2012

Snowalk...

tempat : Snowalk I-city, Shah Alam
tarikh : 4/2/2012

teringin nak main salji..tp frust giler bile tau yg rumah 4 musim kat Taman Botani Shah Alam tu tutup pulak..
sebab nak buat preparation untuk musim bunga.
Sedih!
search lam intenet terjumpa pulak Snowalk I-city ni..
teruja giler nak pergi..ahaks.
ok, sedikit info pasal Snowalk ni :

  1. adult fee : rm20,child : rm15 (kanak2 atas 3 tahun je boleh masuk. tapi aku tengok ade je yang bawak baby yang lom pandai jalan masuk situ. kesian baby tu). Bayaran masuk ni termasuk ngn sewa jaket tebal. Kasut tak disediakan..make sure nak datang tu pakai kasut bertutup..pakai seluar tebal cam jeans, kalau ade glove ngn mafela/shawl bawak skali..untuk cover tangan ngn pipi.. :)
  2. suhu lam tu under -5 deg. C ..memang cam lam peti ais!
  3. sekali bayar kita boleh masuk situ dalam 4-5 jam. Dalam beberape jam tu kita bebas untuk keluar masuk tempat salji tu. takdelah beku dok dalam je kan..
  4. kat dalam tempat ais tu ade banyak ukiran2 ais yg boleh kita tengok..tempat gelongsor pon ade..memang puas la amik gambar kat lam ni :)
  5. Yang bestnye..boleh bawak masuk kamera! (dulu takleh).
  6. masa aku pergi ni dorang tengah buang ais lama..sebab nak bawak masuk ais baru. Dorang kate lepas ni tempat tu akan tutup kejap sebab nak prepare untuk tema Ice Age plak. (cam best je kan?) & dorg nak luaskan kawasan ais tu...
  7. kat sini takde pun hujan salji yg cam kat oversea tu.. :( so harus la satu hari nanti aku pergi Korea untuk main salji yg bebetul pulak! 
Jom layan gambar.....





mula2 aku dapat jaket itam ni..ade poket..tebal..
ade bulu kat leher..tp takde hoodie



gatal pegi tuka jaket biru ni..ade hoodie..tp jaket ni 
nipis sikit..
takde poket lak tu..
sejuk gila gaban la tangan ngan pipi..
 




ni la tempat gelongsor tu..




aku berempat pergi snowalk..aku+husband+2 org anak 
sedara husband.








tempat amik jaket..ade macam2 jenis..so pilih la 
yang tebal :)

Sebenanya ade beratus gambar.
ni je yg sempat di'upload'.
bye.............

Friday, 17 February 2012

Minggu ke 18...uri turun

tadi pergi scan baby..
doc cakap kedudukan uri turun sikit..
4/5/2012 nti doc nk scan lg..nak tengok ade perubahan or tak..
wut to do?


P/S : kepada kawan2 yang berpengalaman..
silalah tinggalkan komen.
nasihat anda amat saya perlukan sekarang.

~~~sangat2 wisau skrg nih~~~

Monday, 13 February 2012

Simpan Duit (part 2) : Motivasi kewangan

Aku hampir give-up untuk teruskan misi Tabung Duit Besi semalam.
Alasan; ala leceh la nak kena ada duit syiling hari2..klau xde duit syiling camne?
kalau beli2 dapat balance 10 sen je camne? kalau taknak beli2 camne?..

Pandai kan aku buat alasan?..
Haish...xleh jd ni.
Dah niat nak capai target, MESTI la usahakan sampai abes.
Tak gitu.
Sampai je ofis aku terus bukak website Irfan Khairi kat SINI
untuk dapatkan motivasi kewangan..yg dah hampir hilang semalam.
Alhamdulillah semangat aku naik balik.
Aku mesti capai target yg dah aku aim.
MESTI!


Kat bawah ni ada 2 motivasi/nasihat yg berguna & membina :)



Motivasi 1

Motivasi 2