(^_^)

Sunday, 30 October 2011

Thanks to Ayunar!

Inner & shawl dari Ayunar...


Inner 3-tone dari Ayunar ..
Credit to ayunar .
Sejak kenal ayunar..aku belajar untuk jadi lebih kreatif (",)

Friday, 21 October 2011

MOOD : Nak buat video!

Minggu ni terasa sangat-sangat nak buat video...
Dah lame sangat aku tak buat video..
Alasannya..1.gambar tak banyak..2.takde lagu best.
Last video yang aku buat ermm..tahun lepas kot..sebelum kawen.
Lepas kawen tak buat dah..sebab Mr Husband tak berapa obses ambik gambar..
So aku sensorang je yg giler snap sana sini..huhu

Kali ni memang aku nak buat video..
Dengan lagu kat bawah nie..
Layan.....


Lagu : Cinta Kita (Teuku Wisnu & Shireen Sungkar)
Inilah aku apa adanya
Yang ingin membuatmu bahagia
Maafkan bila ku tak sempurna
Sesempurna cintaku padamu
Ini cintaku apa adanya
Yang ingin selalu di sampingmu
Ku tahu semua tiada yg sempurna
Di bawah kolong langit ini
Jalan kita masih panjang
Ku ingin kau selalu disini
Biar cinta kita tumbuh harum mewangi
Dan dunia menjadi saksinya
Untuk apa kita membuang-buang waktu
Dengan kata kata perpisahan
Demi cinta kita aku akan menjaga
Cinta kita yg telah kita bina
Walau hari terus berganti hari lagi
Cinta kita abadi selamanya
Jalan kita masih panjang
Ku ingin kau selalu disini
Biar cinta kita tumbuh harum mewangi
Dan dunia menjadi saksinya
Untuk apa kita membuang-buang waktu
Dengan kata kata perpisahan
Demi cinta kita aku akan menjaga
Cinta kita yg telah kita bina
Walau hari terus berganti hari lagi
Cinta kita abadi selamanya

P/S : Perasaan BERCINTA tu sangat best kan?.. (^_^)

Lelaki & Perempuan


Betulkah?
Ada betulnya...

Tuesday, 18 October 2011

MOOD : diburu reporter !

Korean drama fever kembali lagi !
Semalam aku marathon drama My Princess sampai episod 5...
huhu...pkul 2 pagi baru abes.
Layan citer ni memang tak boleh nak stop.
Sangat best!

Bila layan drama ni rase macam best je dikejar paparazi. Ahaks!
berangan jadi POPULAR jap (",)

[Ni la hero,heroin My Princess]

[Hae Young tutup muka Lee Seol/the princess bila diserbu wartawan]




Sweet kan?..ahaks!



Aku tak pandai nak bercerita.
Tapi citer ni sangat sweet tau.

P/s : nak tau macam mana rasa jadi femes?Layan la My Princess (^_^)

Pesanan Semasa Mendengar Azan


Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa…. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan ‘sakaratul maut’.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: “Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.” Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, janganberkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.
Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .
Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidakdapat mengucap kalimah “Lailahaillallah. .” yang m ana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabutAllah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allahsupaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. “Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baiklagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah “Lailahaillallah. ..”semasa sakaratul maut menghampiri kami.
Amin..amin.. amin Yarobbal a’lamin..”
Artikel asal : Oh! Islam

Tuesday, 11 October 2011

Kata-kata Nasihat Ibnu Qayyim

  1. Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah SWT.
  2. Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah SWT.
  3. Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah SWT.
  4. Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang, damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa dengan-Nya.





p/s : To you Yuyui Chan...ingatlah bahawa Allah akan sentiasa memberi ganjaran untuk orang yang bersabar.



Saturday, 8 October 2011

Rule of Third.

Hari ni spend time study pasal photography sikit.
Confident giler nak snap pic kat wedding Ecah esok..
Rupanya wedding dia hari ni.
Serius memang aku ingat esok..
Nasib baik la mak aku call tanya pasal wedding Ecah.

Amik gambar memang senang kan?
Tapi nak ambik gambar yang cantik+ menarik tu bukan mudah.
So..google punya google..
jumpa la teknik Rule of Third.

Ni sebelum apply rule of third. nampak biasa je..


Selepas apply rule of third. Nampak menarik kan? Tak saba nak cuba...ngeh ngehh


So...selamat berhujung minggu !
Artikel asal : Fot0Gu.CoM

Friday, 7 October 2011

Panduan perkahwinan.

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.





**Cintailah suami anda 200% Yuyui Chan !

Thursday, 6 October 2011

Aku nak jadi penyejuk mata.


Penyejuk mata?

Sungguh, ia bukan tugas yang mudah. Kalau anda fikir ia akan berhasil dengan anda berhias diri, memakai wangian dan berbaju cantik di hadapan mereka setiap hari, sesungguhnya anda silap sama sekali. Anda harus sedar, ramai sekali golongan cantik dan menawan di luar sana yang gagal untuk menjadi penyejuk mata kepada suami mereka. Bahkan sebahagian besar dari mereka berakhir dengan perceraian. Semoga dijauhkan Allah.

Tilik kembali diri anda. Zahiriah dan batiniah. Kedua-duanya.

Pertama sekali, bagaimana hubungan anda dengan Allah? Solat wajib dan sunat. Bacaan Al-Quran. Zikir munajat. Selawat serta amalan-amalan yang lain. Berapa peratus yang telah anda capai dan lakukan secara istiqamah? Tahukah anda, faktor paling besar yang menentukan samada anda berjaya atau tidak menjadi penyejuk mata suami adalah ; cemerlang atau tidak hubungan anda dengan Allah? Justeru, perbaiki dari sekarang.

Tidak, ini bukan soal suami anda islamik atau tidak, mengambil berat semua perkara itu atau tidak. Ia adalah soal Si Pemberi Ketenangan, iaitu Allah. Kalau Dia tak bagi, siapa lagi yang boleh bagi?





p/s : Bersihkan jiwa ye Yuyui Chan. Bersalin tu sakit tau tak! 
        Kak Erin kata doktor cek bukaan pintu untuk baby keluar pon dah sakit...
        sampai berdarah-darah. Apatah lagi sakit bersalin.
        Nauzubillah...


Artikel asal : Wanita Penyejuk Mata

'ANJING' memang takkan pernah berhenti menyalak kan ?

JANGAN SESEKALI BUAT BAIK DENGAN 'ANJING'.

*sebab 'anjing' takkan berenti menyalak.
itu dah memang fitrah anjing.


P/S : sampai bila ko nak jadi 'hanjing' hah?

MOOD : baru sedar

1 hal yg membuat kita bahagia adalah kasih sayang
1 hal yg membuat kita dewasa adalah masalah
1 hal yg membuat kita hancur adalah putus asa
1 hal yg membuat kita maju adalah usaha
1 hal yg membuat kita kuat adalah do'a
 
 
**Take note ye Yuyui Chan.

10 Persiapan sebelum disahkan HAMIL !

1. Dah masuk bulan ke-2 aku ambil asid folik. 
(Beli kat klinik swasta 80sen per tablet. Kalilah dengan sebulan bape total dia ye. Sehari amik 1 selepas makan. Demi anak, 80sen tu Umi dah anggap macam 8sen je tau!)

2. Kutip sebanyak yang mungkin ilmu tentang kehamilan.
(Terus beli buku-buku hamil after 2 months married.Umi nak anak Umi sihat fizikal & mental)

3. Belajar makan SAYUR HIJAU.
(walaupun hakikatnya Umi benci sayur hijau!)

4. Mula minum susu.
(Note : susu segar memang takleh masuk. setakat ni susu HL perisa strawberi je yang berjaya lalu tekak. Tu pun takleh kerap sangat..takut muntah hohoho...)

5. Belajar control ANGER.
(Umi taknak anak terpengaruh/mewarisi hot temper Umi ye)

6. Usaha untuk tak tinggal SOLAT.

7. Berjimat !
(terpaksa kurangkan window shopping..& otw hasilkan side income - taknak anak hadapi financial problem macam Umi)

8. Mula jeling-jeling harga barang baby kat shopping mall/katalog.

9. Doa & tawakal.

10. Yakin dengan Allah SWT.
(sesungguhnya Dia Maha Mengetahui bila masa yang sesuai untuk anak ada dalam hidup Umi kan..)



 P/S : Banyak lagi yang aku kena repair luaran & dalaman aku sebelum layak aku digelar UMI !

Wednesday, 5 October 2011

Be more confident, Yuyui !

Semalam cakap kat hubby
Esok lusa syg nak cuba lagi pakai contact lens la. Weekend ni nak pergi wedding Ecah pakai contact lens...tanak pakai spect..tak comel.
Dia jawab
Pakai spect pon comel la syg. Dulu b kenal syg pon time syg pakai spect kan...buat apa nak bukak pulak... 
Ahhaaa itulah jawapan si suami.

Fakta :.aku memang tak reti pakai lens !
Pernah hari sebelum wedding tu aku try pakai..
Bukannya masuk lam mata...menyembam kat karpet rupenya contact lens aku tu huhu....
Dah la beli 3 set time tu...
Jatuh 1..tinggal la lg 2 set + 1/2 set hahaha...
Sampai la ke hari ni aku belum pandai pakai lens lagi.

Tapi...tadi selak-selak la Blok Ayunar..
Jumpa ni !!

Comel jugak kan?
Terus naik confident level aku.
So takde masalah la kalau aku yang specky ni still nak pakai shawl kan..
Spect BUKAN halangan untuk aku pakai shawl & bergaya !
Confident Yuyui! confident !!

Tuesday, 4 October 2011

So sorry Kak Erin.

Kakak Erin....sorry ye.
Sepatutnya saya bawak chicken chop ni untuk kak erin hari ni..
Tapi driver saya tak sihat..tak leh drive nak anta saya gi keje.
Result x-tray pon dia lom ambik lagi ni..
Sowie tau kak erin...


P/S : Kesan hitam kat Chicken tu bukan hangus ye Puan2. Saya guna minyak bekas goreng kentang. Tu sebab chicken tu jadi sebegitu rupa (",)

Kek comel?





Comel kan?
Inilah kek karamel.
Baru minggu lepas aku buat entry pasal kek ni..
Semalam KakNa (kakak ipar aku) bawak balik kek ni.
Memang sedap.

Sesape yang RAJIN & berminat nak try buat kek CANTIK ni..
boleh la jenguk ke dapur Masam Manis ni ye.
(^_^)

Grilled Chicken Chop.

Jamuan Penutup Syawal jumaat lepas berjalan dengan lancarnya.
(walaupun terdapat KEMASINAN yang amat dikesali huhu...)

Take note ye kepada sesape yang nak buat sos Chicken Chop,
1. JANGAN letak garam! (sbb sos tiram telah menggantikan peranan garam)
2. JANGAN letak sos tiram berlebihan semata-mata nak pekatkan kaler sos! (sbb nanti masin !)
3. Letak kicap biasa untuk pekatkan kaler sos.
4. JANGAN letak chicken stock berlebihan ! (sbb ia masin)


Ini kali ke-2 aku buat grilled chicken chop.
Sesape yang berminat boleh cuba resepi di bawah ni.
Senang je rupanya nak buat makanan mahal ni.
Tak caye cuba la (^_^)

Boleh dihidang bersama jagung rebus, french fries, baked beans & coslow.

Grilled Chicken Chop

Bahan untuk ayam:
4 keping ayam bahagian whole-leg ('debone' kan)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin
1 sudu makan jus limau
1 sudu besar jus halia ( tumbuk 1'' halia & tak perah pon boleh, masukkan hampasnya skali)
1 sudu kecil serbuk ayam/chicken stock

Cara penyediaan:

1. Satukan semua bahan hingga rata, Kemudian perap ayam di dalam peti sejuk selama beberapa jam.Sebaik-baiknya perap semalaman.
2. Bakar di atas kuali non-stick. Balik-balikkan ayam sehingga masak dan bolehlah di angkat. 
Boleh juga guna oven selama 1/2 jam.


Untuk sos lada hitam:
1 labu bawang besar (potong dadu)
1 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung gandum (di ayak)
1 liter air
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan warna sos)
1 sudu makan sos tomato/cili
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk halus)
1/2 kiub stock ayam

Cara penyediaan:

1. Panaskan mentega dalam kuali, kemudian tumis bawang besar hingga layu.
2. Tepung gamdun di larutkan dalam air dan dimasukkan dalam tumisan tadi.
3. Masukkan semua bahan termasuk sos-sos. 
Kacau atas api hingga pekat.
Boleh di angkat & dihidangkan.

*Anda juga boleh tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong-potong kalau nak.
* Kalau tak tau nak debone ayam boleh google kat internet.
(Kalau malas, beli je kat carrefour ayam whole-leg yang dah siap 'debone', ataupun boleh jugak guna ayam bahagian dada yang dah dipotong. 1 potong ade la dalam rm3-rm4 )


Selamat mencuba ye!
Kredit to Potret Kasih