(^_^)

Monday, 30 May 2011

Tak Sempat.

Menu yang di rancang untuk last weekend berjaya disiapkan.
Malangnya gambar tak sempat di ambil kerana masing-masing dah lapar tahap kebulur.
Siap je masak terus bedal huhuhu...

Notes:
  • Kalau masak ikan 3 rasa, jangan letak timun. Pahit! Merosakkan rasa.Better letak epal merah/hijau, nenas and so on.
Tu je yang kureng aku rasa.Yang lain MAVELES !
Syabas Yuyui.

Saturday, 28 May 2011

MISSION POSSIBLE !

Bukan pasal Himpunan Sejuta Belia kat putrajaya.
Bukan jugak cerita pasal Jom Heboh (jugak di putrajaya).
Tapi pasal makan...makan....dan makan...

Menu lunch hari ni ialah :

Kerapu tiga rasa. 
Selama 23 tahun aku hidup menu ni belum pernah ada dalam rekod masakan aku.
Dalam rekod makan kat luar ada la..
Huhuhu...nak tau kerapu aku ada 3 atau 4 atau 5 rasa...
tunggu aku update blog next monday kay..

Dan :

Kailan goreng.
(my husband's feveret dish of vege)
Rekod masakan : 2 kali.
So...it taste better nanti..
Hope so.
(*aku tak suka sayur !Tak sedap!)


Menu dinner pulak :

Mee Hailam.
Rekod masakan : tak pernah masak.
Tengok resepi dia macam senang.
Harap2 malam ni kerajinan aku tak luntur tiba-tiba,
supaya aku boleh merealisasikan impian untuk masak mee hailam
(cehh..tiba2 skem tak tentu pasal)
=p



Nak tengok hasil masakan tukang masak TERULUNG (correction: TERGULUNG sebenarnya) ni,
tunggu.....................


Have a great weekend to everyone !
Daa.. 



Friday, 20 May 2011

TERKILAN + SEDIH + MENYAMPAH = GTH LA WEI !

Sangat geram! Majlis dah 3 minggu selesai tapi aku nak cakap jugak pasal ni. Tak puas hati betul dengan perangai orang-orang BERKENAAN.




Pasal jemputan kahwin pun nak jadi isu.Kad dah bagi. 
Terpampang besar-besar kat ofis 
UNDANGAN MAJLIS PERKAHWINAN.. 
macam kat atas ni ha.
Takkan tu pun tak reti baca? Nak juga pengantin bacakan ke?
Nak gak aku tampal kad kat dahi korang?Bagi jelas dan nyata kat depan mata kan.

Timbul lak isu aku tak bagi kad sorang satu.
Halooooo! (PANAS NIH) Kawan-kawan sekolah aku pon tak bising pasal kad ni..
boleh je dorang datang.
Ade je wakil Teknik PD datang.
Ade je wakil SMK Desa Cempaka datang.

Yang ko pulak nak pukul canang aku tak bagi kad sorang satu ni apehal??
Dah niat hati tak nak datang, cakap je la tak nak datang.
Tak payah nak bagi alasan yang tak matang cam tu bai!
Bikin panas.

GO TO HELL LA !


Wednesday, 18 May 2011

Kutip gambar kahwin..

Rentetan Majlis Nikah 1 Mei 2011 11am.....

Baru sampai masjid..
Berdebar-debar..tak leh senyum langsung.Takut!
Sain-sain...ade la dlm 9 tempat kena sain..


Lepas khutbah nikah....Akad Nikah..
Batal air sembahyang...sarung cincin
Serah mas kahwin...RM22.50 TUNAI.
Lafaz taklik..
Ucapan Terima Kasih Ibu...meleleh air mata tak yah cakap la. Nak sebut satu ayat pun ambik masa setengah minit hu3..xleh nak cover mekap dah. Hancus!
TERIMA KASIH MAK!!! I love you sooooooo much mom!
Alhamdulillah...dah selesai. Automatik senyum lebar hu3....
Touch-up mekap. Pasni nak ambik gambar =p



Sanding...




Outdoor Shooting at Tropical Village....



Ada 3 gambar je.Tu pun curi dari blog photographer hu3....

Ini je gambar-gambar yang berjaya dikutip dari sedara-mara dan kawan-kawan.
Gambar banyak-banyak lagi kena tunggu cameraman bagi lagi 2 minggu dari sekarang.
Harap bersabar ye yuyui...kawan-kawan yuyui...and sedara-mara yuyui
(^_^) Tata.

Wednesday, 11 May 2011

YEAH DAPAT HANDPHONE !

Alkisahnya macam ni.

Semalam 10/5/2011
my hubby bagitau dia nak keluar dengan kontraktor.
Dia cakap kontraktor tu nak bagi dia kejutan.
Erm okay. Aku agak mesti hadiah kahwin kot. So tak berapa nak kisah sangat la hu3...





Petang tu, lepas balik kerja
Hubby call. Suara happy semacam...
suara excited macam nak dapat anak 1st je.





Nak tau kontraktor tu bagi kejutan ape?
Haaa....ini yang tak leh nak control jeles nih.

Orang tu bagi dia NOKIA E5 !


Haish!
Macam tak nak percaya je.
Bertuah betul la badan my hubby ni.
Senang2 je boleh dapat handphone.

Tapi fon lama dia memang dah nazak.
Mesej takleh baca... call takleh jawab..
kadang2 hang tak tentu pasal..
memang patut pun dia dapat NOKIA E5 tu.

Newey..congrat ye hubby.
Syg tak nak fon baru.
Tak nak kasut baru.
Syg nak SUGAR GLIDER je.
Boleh kan?
Kan???






Ahaks!

Thursday, 5 May 2011

Nak !!

Lepas tengok gambar ni, terus semangat berkobar-kobar nak beli sugar glider.
Comel sangat-sangat!
Hu3....jom tengok.












Comel kan??
Kredit to Naim Aisamuddin for these NICE pictures!

Wednesday, 4 May 2011

Tunggu....

4 Mei 2011
kembali bekerja seperti biasa.

Takde gambar baru.
Takde post baru di FB.
Banyak benda kena settlekan.

Pada kawan-kawan yang menanti gambar pengantin,
sila tunggu ye...

=)