(^_^)

Monday 13 February 2012

Promosi! jangan berenti.

Berikut adalah antara kesilapan perniagaan Internet yang dilakukan oleh usahawan Internet. Mudahan kita tidak melakukannya…
  1. TIDAK MELAKUKAN PROMOSI. 96% perniagaan akan gagal. Punca utamanya adalah tidak melakukan promosi. Ada pepatah mat salleh berbunyi “Build it and they will come” merujuk kepada zama dulu, kalau dibina sebuah kota, nanti orang ramai akan datang menghuni kota tersebut.
    Tetapi, pepatah ini tidak boleh digunakan di Internet. Sekiranya anda bina laman web, orang tidak akan datang melawat laman web anda oleh kerana tiada siapa tahu kewujudannya! Promosi perniagaan Internet perlu dilakukan secara berterusan. Lakarkan perancangan setiap hari, setiap minggu teknik-teknik promosi yang anda perlu lakukan untuk mengumumkan laman web anda kepada semua.
    Apabila orang tahu kewujudan laman anda, baru lah mereka akan datang! ;)
  2. TIDAK MEMBERI MAKLUMAT YANG MENCUKUPI DI LAMAN WEB. Orang ramai inginkan informasi yang lengkap sebelum membuat keputusan belian. Informasi, bukan sahaja tentang produk yang di jual, tetapi juga tentang syarikat, kaedah belian, pemilik, cara hubungi yang lengkap.
    Di Internet, kepercayaan adalah penyebab utama sama ada seseorang itu beli daripada anda ataupun tidak. Maklumat yang tidak lengkap hanya akan menimbulkan rasa ragu-ragu prospek anda dan mereka pun tidak akan ragu-ragu untuk beredar dan tidak membeli!
  3. TIDAK KEMAS KINI BLOG. Bagi anda yang memiliki blog, blog yang tidak aktif tidak akan dapat mengundang pelawat. Di Internet, pelawat perlu melawati sesuatu laman web berkali-kali sebelum terbinanya kepercayaan dan keyakinan. Blog adalah satu cara memberi sebab untuk pelawat datang berulang kali untuk mendapat maklumat-maklumat terbaru.
    Namun, blog yang tidak di kemas kini (sebaiknya seminggu sekurang-kurangnya sekali), tidak akan mendapat pelawat berulang. Kalau miliki blog, pastikan anda mengemaskini blog anda! ;)
  4. HANYA FOKUS KEPADA SATU CARA PROMOSI. Terdapat berbagai-bagai kaedah promosi perniagaan Internet. Sama ada melalui email, blog, facebook, enjin pencari, pengiklanan dan sebagainya.
    Ada juga usahawan Internet yang hanya fokus kepada satu kaedah sahaja, contohnya, hanya fokus kepada jualan di Facebook sahaja. Walaupun cara ini tidak salah, namun, ianya merupakan peluang mendapat pelanggan yang lebih ramai terlepas oleh kerana tidak menggunakan kaedah yang lain.
    Sekiranya hanya promosi menggunakan Facebook, tetapi pesaing anda promosi menggunakan Facebook, Blog, Email, dan Enjin pencari, agaknya, siapa yang akan mendapat pelanggan dan keuntungan yang lebih? Pastinya pesaing anda!

    Satu kesilapan dalam mempromosi kan sesuatu perniagaan (perniagaan Internet dan juga bukan Internet) adalah kekerapan menukarkan mesej promosi yang di sampaikan.
    Sebagai contoh, minggu ini dalam mesej promosi, menekankan mesej A. Minggu kedua menekankan mesej B. Minggu ketiga menekankan mesej C. Dengan harapan,bertukar-tukar mesej sebegini kerap dapat memberi prospek lebih banyak maklumat.
    Kajian menunjukkan bahawa 90% daripada apa sahaja mesej promosi akan dilupakan oleh prospect dalam masa 2 minggu yang pertama!
    Oleh sebab itulah, dalam mempromosikan perniagaan anda, anda perlu berulang kali menyampaikan mesej yang sama supaya dapat menanam mesej tersebut di dalam fikiran prospect anda.

    Patutlah bisnes aku kurang memberansangkan.Rupanya aku kurang buat promosi!

    Nota untuk aku ;
    # Aku kena rajin buat promosi secara ber'frekuensi'/berterusan dan berjadual.Terus buat promosi. Jangan berenti!
    # Aku kena fikirkan beberapa cara promosi yg lain..selain dari hanya mengedar flyers.Isi promosi kena padat dengan info produk yang aku jual.Biar customer kenal produk aku..dan tertarik untuk beli.
    # Aku kena sentiasa follow-up dengan return customer.sentiasa bg dorg info terbaru.sentiasa keep in touch ngn dorg.(sbb dorg adalah org yg berminat dengan produk aku).

    Dah...cukup tiga ni untuk langkah awal.
    Aku akan cuba usahakan 3 perkara ni. & tengok hasilnya 2 bulan akan datang.
    Gambate Yuyui Chan!

No comments:

Post a Comment