(^_^)

Tuesday 4 October 2011

Grilled Chicken Chop.

Jamuan Penutup Syawal jumaat lepas berjalan dengan lancarnya.
(walaupun terdapat KEMASINAN yang amat dikesali huhu...)

Take note ye kepada sesape yang nak buat sos Chicken Chop,
1. JANGAN letak garam! (sbb sos tiram telah menggantikan peranan garam)
2. JANGAN letak sos tiram berlebihan semata-mata nak pekatkan kaler sos! (sbb nanti masin !)
3. Letak kicap biasa untuk pekatkan kaler sos.
4. JANGAN letak chicken stock berlebihan ! (sbb ia masin)


Ini kali ke-2 aku buat grilled chicken chop.
Sesape yang berminat boleh cuba resepi di bawah ni.
Senang je rupanya nak buat makanan mahal ni.
Tak caye cuba la (^_^)

Boleh dihidang bersama jagung rebus, french fries, baked beans & coslow.

Grilled Chicken Chop

Bahan untuk ayam:
4 keping ayam bahagian whole-leg ('debone' kan)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin
1 sudu makan jus limau
1 sudu besar jus halia ( tumbuk 1'' halia & tak perah pon boleh, masukkan hampasnya skali)
1 sudu kecil serbuk ayam/chicken stock

Cara penyediaan:

1. Satukan semua bahan hingga rata, Kemudian perap ayam di dalam peti sejuk selama beberapa jam.Sebaik-baiknya perap semalaman.
2. Bakar di atas kuali non-stick. Balik-balikkan ayam sehingga masak dan bolehlah di angkat. 
Boleh juga guna oven selama 1/2 jam.


Untuk sos lada hitam:
1 labu bawang besar (potong dadu)
1 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung gandum (di ayak)
1 liter air
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan warna sos)
1 sudu makan sos tomato/cili
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk halus)
1/2 kiub stock ayam

Cara penyediaan:

1. Panaskan mentega dalam kuali, kemudian tumis bawang besar hingga layu.
2. Tepung gamdun di larutkan dalam air dan dimasukkan dalam tumisan tadi.
3. Masukkan semua bahan termasuk sos-sos. 
Kacau atas api hingga pekat.
Boleh di angkat & dihidangkan.

*Anda juga boleh tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong-potong kalau nak.
* Kalau tak tau nak debone ayam boleh google kat internet.
(Kalau malas, beli je kat carrefour ayam whole-leg yang dah siap 'debone', ataupun boleh jugak guna ayam bahagian dada yang dah dipotong. 1 potong ade la dalam rm3-rm4 )


Selamat mencuba ye!
Kredit to Potret Kasih 

No comments:

Post a Comment