(^_^)

Wednesday 23 March 2011

Talassemia tu ape?

18hb yg lepas aku pergi buat HIV test.


Ini sample darah yang doc ambil dari belakang tapak tangan aku.
Walaupun sikit tapi kebas gak la tangan..hu3..
nampak sangat aku kurang darah =p


Doc tu suggest untuk buat thalassemia test sekali.
Dalam hati apekejadahnye talassemia nih? Seakan memahami kerut2 kat muka aku,doc tu pun explain la pasal talassemia huhuhu.Jom belajar biologi.

Talassemia = penyakit darah yang diwarisi dari satu generasi ke generasi seterusnya. Ia juga dikenali sebagai     anemia hemolitik yang bermaksud kemusnahan sel darah merah berlaku lebih cepat berbanding penghasilannya. Bahaya kan?



 Sel darah merah.Comel kan? =)


Dua basic term yang kita perlu tau pasal Talassemia atau tala ialah :
  • Tala Trait/Minor = pembawa Tala
  • Tala Major    =  pesakit Tala 
 Macammana tala terhasil?

Kalau suami atau isteri adalah pembawa, 50% daripada anak mungkin turut menjadi pembawa.Selebihnya adalah normal.



 Kalau suami dan isteri adalah pembawa, 50% dari anak mungkin menjadi pembawa, 25% normal, dan 25% lagi mungkin menjadi pesakit/tala major.


Sekian fakta ringkas untuk pengetahuan asas tentang Tala. Kepada sesiapa yang nak buat tala test, boleh pergi ke klinik kerajaan/swasta berdekatan. Sekejap je test tu. 

Cau.

No comments:

Post a Comment